Followers

Saturday, September 7, 2013

majlis baitul muslim anak perempuan kami....bahagian pertama.

 Pada 31.8.13 adalah hari kemerdekaan negara kita. kami mengadakan majlis perkahwinan anak perempuan di rumah kami. Kami mengimport tukang masak khas dari batu pahat yang terkenal dengan nasi beriani gum. mereka memasak seawal pukul 3 pagi lagi.

 wali hakim sampai di rumah pukul 9 pagi lagi.

 Hidangan pagi itu seperti roti jala, nasi lemak bungkus daun pisang  dan beberapa jenis kuih muih. paling istimewa pulut kuning berlapik serunding daging dan ayam.

 Farah sebelum majlis pernikahan bermula.

 Rombongan pihak lelaki tiba. Tiada hantaran yang di bawa kerana itu pilihan kami.

 Wali hakim menyiapkan dokumen2 yang perlu.

 Farah menunggu dalam debaran.

 Bermulalah  akad nikah yang dilakukan sendiri oleh si bapa pengantin perempuan.

 kedua pengantin mengaminkan doa .
 Berakhirlah penantian farah. bermulalah perjalanan hidup mereka sebagai suami isteri selepas ini.

 Selepas akad nikah, mereka berdua menunaikan solat sunat.

 Suami meletakkan tangan di atas ubun ubun isteri sambil membacakan doa.

Farah mencium tangan suami.  Selesailah majlis pada pagi tersebut dengan di akhiri dengan jamuan dan sessi mengambil gambar. Alhamdulillah semua selesai mengikut jadual. Pukul 11.00 pagi akan bermula pula majlis kenduri. Tunggu.....

6 comments:

  1. Tahniah hajah...cntik pengantin perempuan...;)

    ReplyDelete
  2. Tq. Alhamdulillah. Allah Maha Besar. Ini baru seorang. Ada lagi enam anak. Semuga Allah ber kesihatan dan umur yang panjang untuk melihat yang lain pula mendirikan rumahtangga.

    Kita merancang yang menentukan segalanya ialah Allah Yang Maha Esa.

    ReplyDelete
  3. assalam puan. boleh kah saya share kisah puan yang ini?

    ReplyDelete