Followers

Sunday, January 29, 2012

Melancong bersama Tupperware......



Sudah lebih dari 20 tahun berkecimpung dengan bisnes Tupperware ini, banyak tempat dan negara yang dilawati. Boleh klik ke tempat2 yang saya telah pergi di sebelah kanan. Selama melancung ini, rasa2 tempat yang paling seronok ialah ketika ke Mesir. Sehingga cerita2 dipaparkan dalam 3 siri. Ini adalah kerana bukan saja dapat melancong ke bumi Ambia dengan tinggalan2 sejarah zaman nabi2 dan sahabat2 baginda tetapi dapat juga melawat anak yang masih di tahun ketiga di Universiti Al Azhar, Kaherah.


Tempat yang kedua best ialah di Cape Town, Afrika Selatan. Yang lain 2 tu seronok juga . Apa tidaknya dapat melihat negara asing bagi kita. Banyak ilmu dan pengalaman saya dapati dari lawatan2 tersebut. Seperti kata orang " jauh perjalanan luas pemandangan".


Pengalaman di Lake Toba paling menguji kesabaran. Apa tidaknya perjalanan dengan bas dari Medan ke Lake Toba memakan masa hampir 4 jam dengan keadaan jalan yang sempit, hon2 dan sangat sesak. Sungguh menyeksakan....Tapi , apabila sampai saje di Lake Toba.....terus hilang segala keletihan. Sangat cantik dan "grand". Tak dapat digambarkan oleh tulisan. Kami menginap betul2 di Puncak Lake Toba...Takde lagi kawasan yang tinggi lebih daripada itu.


Walau bagaimanapun, jika diberi peluang cukup lah itu yang pertama dan terakhir ke Lake Toba. Pada 10.2.12 ini, kami akan melancong ke Sepanyol pula, iaitu Madrid dan Barcelona. Tak sabar menanti tarikh tersebut. Semuga perjalanan dengan Tupperware untuk menimba ilmu dan pengalaman itu dalam perlindunganNya......


4 comments:

  1. Salam Yong,

    Bila nak ke Stambul pulak...meh ler.

    ReplyDelete
  2. Hello Hajah, wow! You really look ahemmm, gorgeous in the pic. Love your beautiful outfit, Hajah.
    Hmmmm, under different circumstances, I tentu lepas handbake, ha ha ha.
    You been doing Tupperware business 20 years?
    My wife still has her tupperware she uses to bring water to work.
    Now more than 30 years!
    She had it when I was dating her.

    I guess you must be making your bank manager senyum bila you datang bank to deposit your business profits. Good for you, Hajah.
    Wishing you more continued success in your business.
    Stay young and keep well, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
  3. moh kembara,

    Tupperware pernah buat trip ke istanbul...tapi pada masa itu saya baru nak jadi director.....

    jadi tak sempat nak kejar target. tapi dengan gambar2 rakan yang ditunjukkan kpd saya....mmg nampak sgt menarik ...

    rasa2 teringin juga nak ke sana...nak buat perbincangan dgn anak kat Mesir. Insyaallah sebelum dia habis belajar di sana dlm masa 3 tahun ini....insyaallah....semuga dipermudahkan.

    Seronoknya main salji kat sana yek???

    ReplyDelete
  4. UL,
    Ha ha ha....u make me happy. thanks for the compliment.
    Saja je nak tenung tajam tajam kat orang di luar sana......

    Since 1991...I ve been in this business. Hey!!! how do you know??? bank manager mmg tak payah minta my payslip pun nak buat loan rumah...just show my tupperware cheque..dah lulus.

    Alhamdulillah , God gives me opportunity in this Tupperware business...

    God bless u and do come again...

    ReplyDelete