Followers

Thursday, July 21, 2011

Tupperware STAR Conference 22.7.11 - 24.7.11

Esok akan ke KL untuk menghadiri conference di Mandarin Oriental Hotel dan akan berada di sana sehingga Ahad. Kalau dulu masih mengajar, bila ada acara seperti ini sangat2 susah untuk pergi . Ini adalah kerana masalah cuti. Biasalah cikgu ini susah hendak mengambil cuti kecuali kecemasan sahaja.

Nanti gambar2 di conference itu akan menyusul kemudian. Pemergian ke sini adalah dijemput khas kerana mencapai target yang diberi oleh TUPPERWARE. Nasib baik ada Farah, Faiz dan Firdaus yang masih cuti semester universiti untuk menguruskan adik2 mereka yang bersekolah dan tuisyen. Farah sudah pandai memasak berbagai2 menu . Faiz boleh menjadi pemandu kepada adik2nya. Manakala Firdaus , hari sabtu dan ahad tidak perlu pergi ke Sazali and Lim. Dia sekarang sedang praktikal di pejabat guaman tersebut. Jadi dia bolehlah melayan tetamu yang datang.

Harap2 semua berjalan lancar dan dapat kembali ke Temerloh petang Ahad. Ok, berjumpa di lain masa.

2 comments:

  1. hajah, anak2 je buat kerja, abahnya di mano?

    ReplyDelete
  2. Jawa Jadid,

    Hai tu bossnya.....penyelia segala kerja....
    He he he......

    ReplyDelete