Followers

Thursday, July 14, 2011

Berita gembira hari ini.....


Alhamdulillah, Faiz berjaya dalam keputusan UPU pagi ini. Dia ditawarkan Ijazah Doktor Perubatan Dan Pembedahan di UITM. Dia mengikut jejak kakaknya yang masih belajar di tahun Kedua di Universiti Al azhar, Mesir. Dia baru tamat ASASI SAINS di UITM Puncak Alam.
Bila ditanya kepadanya, dia menjawab , "Masa sekolah kebangsaan dulu apabila cikgu tanya fasal cita-cita, Ais jawab nak jadi Posman. Kemudian masa sekolah menengah bertukar menjadi saintis". Semuga menjadi seorang doktor yang beriman dan bertaqwa. Itulah anak keempat kami.
Bapanya dari tadi tersenyum2. Kebetulan hari ini dia mengambil cuti rehat. Kami bersyukur kepada Allah atas nikmatNya.....

4 comments:

  1. Assalamualaikum Hajah, tahniah...tumpang gembira.

    ReplyDelete
  2. Tahniah mak ndak... semoga anak2 saya pun ikut jejak mereka nanti :)

    ReplyDelete
  3. moh kembara,
    TK. Semua nya dari Allah jua. Tapi sepupu rapatnya , Fawzan dapat USM Kubang Kerian,Kelantan. Bercerailah budak 2 org tu.... selama ni semuanya bersama....

    ReplyDelete
  4. UmmuFarhan.
    TK. Muga cita2 nya menjadi kenyataan, insyaallah.

    ReplyDelete