Followers

Saturday, June 18, 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Temerloh Tahun 2011

Pada 18 hb Jun 2011, telah dijemput sebagai guru2 bersara di Dewan Ibnu Sina SMK Seri Tualang. Ada seramai 34 org semuanya guru2 yang bersara pada tahun ini di daerah Temerloh.

Kami di iringgi oleh guru2 masuk ke dewan. Wah seperti YB pulak dah... Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Saifuddin b Abdullah. Inilah sumbangan PPD Temerloh...

Wah.... panjangnya Datuk Saifuddin berucap dan merasmikan majlis ini. Biasalah.....pilihanraya sudah hampir.....

Bacaan ikrar guru-guru daerah Temerloh. Kami sekadar berdiri saja. Terdengar ada seorang guru lelaki di depan saya berbisik.... Eh! kita ni kena angkat tangan juga ke? dah pencen kan???
Tergelak juga kami kat belakang.....

Inilah sebahgian dari guru2 bersara tersebut. Semuanya bersara umur 56 dan 58. Saya sahaja seorang yang bersara umur 48.

Masa makan!!!!! Kami ditempatkan di meja bulat bersama YB dan guru2 besar serta tetamu2 kehormat yang lain.

Kami dilayan seperti VVIP.... makanan di depan mata... apa lagi...makan je lah.....

Mane nak habis lauk yang banyak ni!!!. Makan nasi beriani dengan daging rendang, ayam berempah, dalca dan acar masak...

Inilah pas masuk dilekatkan di kereta. Kami boleh membawa kereta hingga ke tempat di tepi dewan. Manakala yang lain kena parking nun jauh di bawah. Kena jalan kaki naik atas.. jauh juga tu.......


Sumbangan PPD Temerloh kepada guru2 bersara pada tahun 2011. Dapatlah buat sepasang baju kurung koleksi masing2 untuk raya tahun ini... insyaallah....

Seronok juga dapat penghargaan ini. Tahun depan dah tiada......Ok berjumpa lagi....


2 comments:

  1. Salam.Selamat bersara awal...terasa pula nk bersara, tp mungkin tak boleh lagi.

    ReplyDelete
  2. Tq. Hai... Memang tenang bila dah bersara. Tak macam sebelum ni.. kelam kabut dalam semua hal termasuk dengan anak2, memasak dan kerja rumah. Sekarang bersantai sokmo....

    ReplyDelete