Esok pada 3.6.11, pagi2 akan berangkat ke KLIA untuk ke Vietnam bersama anak, Muhammad Fahmi, Kak Mah dan Norma.
Ini adalah hadiah sempena Fahmi mendapat 9A1 dalam PMR tahun lepas.. Kenalah tunaikan janji. Kebetulan kakak dan adik di KL turut serta .
Ini adalah kali kedua ke Vietnam. Dulu pergi bersama TUPPERWARE dan Muhammaid Firdaus pergi bersama.
Ya Allah , semuga segalanya berjalan lancar dan selamatkan perjalanan kami pergi dan balik....
Banyak lagi benda yang perlu dibuat sebelum pergi. Berjumpa di lain waktu.
Selamat jalan dan berlipur. Tahniah juga buat Fahmi. Jangan lupa beli auntie souvenir ye Fahmi... Hahaha.... auntie gurau je. Kerja pun belum auntie nak minta. AUntie tunggu Fahmi kerja dulu.....
ReplyDeleteBalik nanti boleh tengok pic banyak-banyak....
Kakzakie,
ReplyDeleteBegitulah... Penghargaan perlu diberi untuk anak2 yg cemerlang. Beri semangat. Tahun ini , dia akan menduduki SMA pula...
Tq singgah sini.