Followers

Monday, June 27, 2011

Nasi dagang berkari ikan tongkol...

Setiap hari kena buat menu.... Sudah tak tahu nak masak apa hari ini. Baru teringat, dah lama tak makan nasi dagang...

Nasinya ala-ala rekaan sendiri sebabnya, anak tak berapa suka halba. Jadi cuma letak sekadar baunya sahaja bersama hirisan halia dan bawang serta sedikit sahaja santan. Resepi sendiri...Inilah nasi dagang iaitu campuran beras pulut dan beras biasa.

Kari ikan tongkol yang pekat bersama hirisan lada. Saya suka guna ikan tongkol berwarna putih lebih lembut isinya.

Anak saya tak berapa suka makan ikan tongkol, jadinya kenalah goreng ayam berempah untuk mereka.

Sedikit ulam dipotong kecil2 bersama tomato. Malas nak keluar lagi ke kedai membeli daun salad. Tinggallah timun dan tomato sahaja. Jadilah....

Inilah penyedapnya.... sambal cuka cili padi bersama sedikit bawang. Sambalnya boleh disimpan lama kerana direndam dengan cuka sahaja.

Mmmm.... dah kenyang makan . Selamat menjamu selera....


2 comments:

  1. Kalau melihat masa begini mestilah membuat perut semakin lapar. Kakak nie baru nak pergi makan selepas solat....

    ReplyDelete
  2. kakzakie...

    Ha ha ha... saja je nak beri kakzakie semakin lapar....

    ReplyDelete