Followers

Friday, May 20, 2011

Wow!!!! Bullet Train......

Inilah keretapi laju yang kami naik dari Tian Jin ke Beijing. Dengan bas , perjalanan hampir 4 jam tetapi masa balik kami menaiki keretapi yang mengambil masa tak sampai setengah jam. Wow!!! lajunya.....

Tengok betapa ramainya penumpang yang menunggu giliran untuk menaiki keretapi.

Ini adalah tiket keretapi laju itu. Mahal juga dari Tian jin ke Beijing. Sungguh tak sabar menunggu ketibaan keretapi tersebut.

Bermula dengan 0km. Dalam masa tak sampai 5 minit, keretapi sudah mencecah 313km. Lajunya.....

Tengok tu... tadi pukul 17.14 - 313km. Sekarang 17.15 sudah mencecah 332km. Hebat betul...

Berada di dalam keretapi sambil minuman dibekalkan sebotol seorang untuk menghilangkan dahaga.

Sekejapnya.... tak terasa pun . Tak bergoyang sedikit pun. Itulah teknologi keretapi laju China ini. Di Malaysia entah bilalah nak merasanya. Ini kali kedua menaiki keretapi laju. Yang pertama dulu semasa melancung ke Moscow....

Farah bergambar semasa baru keluar dari keretapi ini. Layan je lah....

Semasa berada di dalam stesen keretapi ini seperti berada di lapangan terbang je.....

Inilah gambaran menaiki Bullet Train semasa di China. Berjumpa lagi di lain masa.....



10 comments:

  1. Tu la byk org Barat cakap pasal China ttg teknologi ni..
    Jgn dikejutkan NAGA yang sdg TIDO.. Kalau dia dah bangun.. tengok apa yang DIA mampu buat..

    ReplyDelete
  2. Betul sangat2 lah tu...
    Tengok sajalah keretapi laju yang dibina merentasi banjaran, tasik dan zoo menuju ke Tibet. Sangat canggih...
    Lg satu apa barang yang mak semua ada kat China... Made in China. Kita pun byk impot barangannya....

    ReplyDelete
  3. Kan Nabi Muhammad dan berpesan, tuntutlah ilmu sampai ke negara Cina....

    ReplyDelete
  4. zharif_saad,
    Tepat sekali...

    Tq singgah sini. Datang lagi.

    ReplyDelete
  5. sungguh lajuuuu!!!! huhuhu


    Mekaseh kak sudi jenguk blog su..len kali bertandang lg tau ke blog su! hehehe..

    Blog akak pon xkurang hebatnya nih! ai likeee!

    ~ticesu.com~

    ReplyDelete
  6. tice su,

    tq datang sini.

    Naik keretapi laju jg ke? Sat dah sampai. Ok. Akak akan pergi sana lagi...

    ReplyDelete
  7. bestnyer...
    dpt rasakan pengalaman kat negara org...

    ReplyDelete
  8. LYafrina,
    Itulah dikatakan banyak berjalan luas pandangan. Tq singgah sini.

    ReplyDelete
  9. salam kak..terima kasih singgah blog saya..

    kak, bestnya dpt naik keretapi laju ni...teringin lak saya...bila la Malaysia nak maju mcm tu kan...

    ReplyDelete
  10. Wahida, tq dtg sini... Senang je kalau nak naik keretapi laju tu.... melancunglah ke Beijing...

    ReplyDelete