Followers

Saturday, May 7, 2011

Hidangan Nasi Arab bersama daging kambing oleh Chef Arshad......

Ini lah Nasi Arab yang di jamu kepada tetamu yang berkunjung pada hari ini. Ianya di makan bersama daging kambing, salad dan cili berkuah.

Inilah chef yang sedang memasak di dapur tadi. Mak Ngahnya cuba mempelajari cara memasak dari suamiku. Tengok tu... sungguh tekun mendengar penerangan dari Chef Arshad....

Wow... seleranya Pak cik Mat dan Pak Su...... Sampai tak tengok dah kat orang lain di belakang.

Seronok melihat keadaan ini.... Semua lima adik beradikku berkumpul di Temerloh pada hari ini.

Hai... menambah nampak..... Lain kali boleh berkumpul lagi. Terima kasih kepada suamiku yang tersayang kerana memasak Nasi Arab yang sedap yang dipelajarinya semasa kami mengerjakan haji lima tahun lepas.

Hai... bila nak habis ini.... kami kaum perempuan pula nak juga... Terima kasih kepada Kak Mah di Kelang, Adik Norma di KL, Abang Nasir di Kuantan dan Adik Nazri di Kelantan yang sudi menerima jemputan ini.

Insyaallah kita berjumpa lagi di bahagian kedua nanti.


No comments:

Post a Comment