Followers

Monday, January 3, 2011

Hari yang tenang......


Bertemu kembali. Sungguh tenang dan damai sekali kehidupanku sekarang ni. Pagi-pagi seperti biasa buatkan sarapan untuk 3 anakku yang akan ke sekolah. Setelah selesai menghantar anak-anak ke sekolah, singgah kedai membeli barang-barang dapur dan lauk yang hendak dimasak unutk makan tengahari.

Sampai di rumah, menyapu halaman rumah dan seterusnya mengemas rumah. Berehat sekejap sambil melihat stok-stok Tupperware dan mengemaskini. Ada pelanggan yang mengetahui bahawa saya sudah pencen, akan datang waktu ini. Tapi kebanyakkan mereka akan mengambil stok waktu petang.

Pukul 12.00 mula masuk ke dapur untuk memasak. Selesai masak berehat sebentar sambil menunggu waktu mengambil anak -anak dari sekolah. Tidak perlu lagi bergegas-gegas dari sekolah mengambil anak. Inilah waktu yang begitu ' flexible ' dan sangat damai. . .

Waktu petang adalah seperti hari-hari semasa saya masih mengajar dulu.... Saya rasa bertuah kerana dapat merasai nikmatnya hidup sebagai suri rumah tangga sepenuhnya. Alhamdulillah...

Saya berharap dapat menikmati anugerah ini dengan kesihatan yang baik dan mendapat kebahgiaan dan keredhaan dari Nya jua.. Insyaalah.

2 comments:

  1. Berfikir sejenak... bila la turn saya untuk position full time housewife..

    ReplyDelete
  2. wifenavy,
    tq singgah sini. Bersyukur dengan rezeki yang diberi yang membolehkan bersara awal. Maklumlah menyara 7 org anak. 4 sedang belajar di universiti dan 3 bersekolah. Semua memerlukan wang.

    Semuga wifenavy akan dapat menikmati kehidupan yg aman dan damai jg. Yang penting berusaha ke arah itu...Semuga dilindunggi Allah jua.

    ReplyDelete