Followers

Tuesday, August 17, 2010

Perbicaraan harta pusaka di Kelantan


Salam sejahtera. sudah lama takde kesempatan 'berblogging'. Pada 16.8.10 yang lepas, terpaksa balik kampung, Kelantan kerana urusan perbicaraan harta pusaka arwah ayahanda yang pergi tiga tahun lepas.

Kakak dan adik perempuan menaiki bas dari KL, manakala saya memandu dari Temerloh bersama anak yang bru blik dr Mesir. Abang di Kuantan pun menaiki kereta ke Kelantan...

Tepat jam 9 pagi, kami bertolak ke Pejabat Tanah Daerah Pasir Puteh.

Di luar bilik perbicaraan sedang menunggu giliran masuk.
Suspen juga . maklumlah macam2 boleh berlaku.

Apabila tiba giliran kami. semua dipanggil masuk ke bilik. Mula2 kami di minta bersumpah beramai2 sambil mengangkat tangan. Kemudian barulah sesi perbicaraan dijalankan.

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Tak perlu lagi berulang alik ke Kelantan untuk menyelesaikan pembahagian harta pusaka..

No comments:

Post a Comment