Followers

Sunday, January 22, 2012

Blog kena kacau Iklan......


Wahai pembaca yang budiman.......

Boleh bantu saya mengeluarkan dan menghapuskan iklan yang menempel lekat di blog ini.......tolong beri pertolongan dan tunjuk ajar bagaimana caranya......

Tak tahu entah kenapa dia menempel di sini. Bila nak masuk blog ini, terus keluar iklan tersebut.....Takde siapa mengundang iklan itu ke sini.....

Tolonglah.....

Saturday, January 21, 2012

Cuti-cuti sekolah.....



Angin kencang mencapai kelajuan 126 km/jam....Wah!!! kalau pakai kain boleh terbang kain ni..........tak nak lah masuk dalam tu???????

Layanlah fahmi....semua benda nak mencuba....Aik!!! mane adik2 ni....tak keluar2 lagi. Siap posing lagi tu...cepat cepatlah....tepi..nanti adik2 pula nak turun tu...

Fahmi takde lesen memandu lagi tu.....macamane nak memandu......Ooo.....ni kereta kat Petro sains je........

Ijah sedang memandu jugak?????......lajunya.....hati-hati....hah!!!! kan dah langgar bahu jalan tu??????

Apa yang dilihat oleh mereka berdua tu???????? asyik sangat tu!!!!!!!!

Gambar-gambar magic........wah!!!!banyaknya gambar tu............berlapis lapis jadinya.....

Hati-hati.....kat belakang ada dianasor besar nak makan!!!!!!!! larilah............Aik! tak takut

pun......

Mak Oi.... dah kena tembak pun tak mati????

Sama je gigi tu........takde perbezaan pun....

Begitulah di antara kerenah anak-anak semasa di Petro Sains. Sekali sekala melayan takpe....Selepas ini tumpu kepada pelajaran pula. Semuga kejayaan menanti ketiga tiga anak-anak yang kecil ini.....

Fahmi akan menduduki SPM, Farhan akan menduduki SMA manakala Faizah baru melangkah alam persekolahan menengah.......Semuga berjaya!!!!!!!

Ok...berjumpa pula di lain masa....hai....lagi 2 minggu lagi akan pergi ke Sepanyol ni. Teruja juga...maklumlah sekarang ni musim sejuk lagi....winterlah katakan......tunggu.........

Wednesday, January 18, 2012

Pasar ........

Hari ini teringin hendak makan ikan "fresh". Pagi2 lagi selepas menghantar anak2 ke sekolah terus ke bank untuk beberapa urusan. Selepas itu terus ke pasar yang terletak di belakang Hotel Semantan di Temerloh..

Di situ ramai terdiri dari penjual berketurunan cina sahaja. Manakala pengunjungnya pun ramai2 adalah di kalangan mereka juga kerana di sini terdapat banyak ikan dan sayur2an kesukaan kaum cina.

Saya datang ke sini seminggu sekali, tetapi sekali beli banyak juga untuk keperluan 3 atau 4 hari. Harganya memang sgt murah jika di bandingkan dengan pasar biasa. Wow!!! ramainya dari biasa .... sampai berbaris semasa hendak membayarnya. Tapi sgt puas hati dapat beli ikan senangin, ikan tenggiri dan sotong.

Itulah aktiviti di pagi hari ini. Baru lepas bersarapan dengan sebungkus nasi lemak dibungkus dengan daun pisang. Mmmm.... seleranya....

Saturday, January 7, 2012

Penyapu lidi kelapaku......

Petang ni tak ramai pelanggan yang datang...mungkin masih sibuk dengan urusan anak2 lagi. Di depan rumah ada 2 pelepah kelapa yang berjuntai ke bawah. Ah!!! nak buat apa dengan pelepah2 ini yer? Mengganggu tempat letak kereta sahaja.

Terfikir pula...penyapu lidiku sudah semakin nipis dan lama. Bak kata Tun Mahathir, "Dah lama dah".....He he he....sempat lagi tu. Terus menyuruh Firdaus mengambil parang dan memotong serta meleraikan satu2 daun kelapa, lalu diletakkan di tepi rumah.

Apa lagi, terus merautnya satu persatu. Dari pukul 6.00 petang sehingga 7.10 malam, baru selesai. Itu baru 2 pelepah. Dah selesai, baru dapat se ikat penyapu .Itulah kisahnya....

Sunday, January 1, 2012

Musim persekolahan akan bermula........

Selamat bertemu kembali......

Baru selesai menjahit baju2 persekolahan untuk anak2 malam tadi. Maklumlah dah pencen ni kenalah jahit sendiri baju2 mereka baru puas hati terutama baju untuk anak bongsu, Nurul faizah yang akan menduduki tingkatan satu di Sek Men Agama Alkhairiah di Temerloh.

Memang tradisi kami, anak2 tak masuk sekolah asrama penuh apabila berada di tingkatan satu. Kami akan menolak tawaran kerana kami lebih selesa mereka membesar di rumah dengar leteran terutama dari ibu mereka....

Barang2 persekolahan pun sudah dibeli awal2 lagi. Baju je yang tertangguh2 untuk menjahitnya. Firdaus akan melanjutkan pengajiannya ke LLB di UITM dalam bulan 2, tinggallah 3 orang di rumah setakat ini.

Sekolah Menengah Agama AlKhairiah ini memang menjadi sekolah pilihan kami dari anak sulong, Muhammad Firdaus sehinggalah kepada Nurul Faizah. Kami lebih suka mereka mendapat didikan agama di samping akedemik dari sekolah tersebut. Semuga sekolah agama ini akan terus di ikhtiraf dan dinaiktaraf ke peringkat yang lebih tinggi di masa akan datang.

Hari Selasa sudah mula mendaftar Faizah ke tingkatan satu....Selamat belajar di sekolah menengah dan cemerlang dalam ilmu agama dan akedemik...insyaallah.

Monday, December 26, 2011

Keputusan SMA....

Alhamdulillah......Fahmi memperolehi 9 Mumtaz dan 1 Jaid Jidan dalam SMA yang diumumkan pagi tadi. Keseluruhannya, Mumtaz. Tahun ini pemgiraannya berbeza dibandingkan dari tahun2 sudah. Kakaknya , Dila dulu memperolehi 10A1 dalam SMA 3 tahun lepas.

Tahun depan berusaha pula untuk SPM. Semuga Fahmi memperolehi kajayaan yang cemerlang kelak. Semuga kedua2 ilmu samada agama dan akedemik ini akan digunakan dengan sebaik2nya untuk menjadi insan yang soleh. Amin.

Bermain dengan ais.......di ICT Shah Alsm

Pada cuti sekolah yang lepas, anak2 pergi ke ICT, Shah Al;am untuk melihat pesta cahaya dan bermain dengan ais.

Kami sampai pada pukul 11.00 malam bersama keluarga Mak Su Norma...

Memang terang benderang ICR disinari cahaya dari lampu2 yang menghiasi pokok2 di situ.

Farhan dan Fahmi kesejukan di dalam bilik ais tersebut...

Seronoknya mereka di dalam iglu yang dibuat daripada ais.

Firdaus bersantai di kerusi ais....

Ijah bersama Omeh berposing di timbunan berketul ketul ais...sejuknya...

Ada sampan lagi tapi semua daripada ais...Begitulah percutian anak2 ku di ICT Shah Alam. Mereka keluar setelah lampu mula dipadamkan pukul 1.30 pagi. Bayangkan berapa jam mereka boleh bertahan di dalam Rumah Ais, ICT, Shah Alam.

Semuga berjumpa lagi.

Thursday, December 15, 2011

Executive Meeting in One World Hotel 7.12.11 - 9.12.11

Wow!!!!! besarnya hadiah....... Semua yang hadir pada hari itu diberi hadiah. Memang besar dan berat....

Bersama Mr David Wong dan Miss Tham serta Cikgu Razali semasa gala dinner...

Sebelum hidangan dihidangkan, sempat bergambar lagi.....

Kumpulan kami dari Kuantan. Best!!!!! semua dalam biru... lampu pun biru...

Kebiruan.........Semuga bertemu kembali....

Sunday, December 11, 2011

Gala Dinner dan Sarong Night di Lake Toba.....

Tengok seragam yg kami pakai semasa Gala Dinner di Lake Toba...berwarna warni...

Bersama Cikgu Razali, Presidential Director , upline dan stokis di Kuantan serta cikgu Mastura.

Firdaus bersama rakan sebiliknya dari Kuantan di malam Gala Dinner.

Bersama Dila dan Firdaus sebelum masuk ke dalam dewan makan....

Dila di tepi kolam di malam Sarong Night. Tengok belon penuh di belakang tu....Hati-hati...nanti jatuh..

Ini aksi apa ni....pakai kain pelikat je...... ha ha ha.... lucunya...

Bergambar bersama Dila.....Pelik dan lucunya.... makan jamuan malam dalam sarong....

Tengok tu Dila dan Firdaus di malam itu. Ini akan menjadi pengalaman kepada mereka melancong bersama Tupperware. Semuga ada rezeki di tahun hadapan dan dapat melancong ke negara lain lagi... Berjumpa lagi...

Saturday, December 3, 2011

Menjelajahi Lake Toba.....

Wow..........indahnya panorama lake Toba .....Allah Maha Besar.....

Di tengah danau toba yang terjadi dari kejadian gunung berapi....

Dila bercuti selama seminggu untuk menyertai kami ke Lake Toba....

Menikmati keindahan semulajadi di Lake Toba.....Kami duduk di bahagian belakang sekali.

Di antara perkampungan yang terdapat di tepi Lake Toba iaitu Perkampungan Tomok, sebuah perkampungan kaum batak.
Tidak terasa keletihan menaiki bas selama 4 jam lebih dari lapangan terbang Medan ke Lake Toba. Kerana itulah satu2nya untuk sampai ke Lake Toba.

Wednesday, November 30, 2011

puncak lake toba........hotel niagara

Baru balik dari melancong ke lake toba bersama firdaus dan dila di bawah "tupperware incentive trip". Seronoknya berada di puncak dengan suasana sejuk dan nyaman.

suasana di belakang bilik di hotel niagara. bilik berkongsi dengan dila, manakala firdaus di tingkat atas.

sungguh selesa. belakang bilik ada laman taman dengan panorama lake toba di bawah .....

tengok tu........firdaus mengangkat tangan lagi melambai -lambai ke bawah......

suasana di depan hotel tersebut. di waktu pagi suasananya seperti di cameron highland......esok akan menaiki "cruise" untuk ke perkampungan tomok , salah satu dari perkampungan orang batak. berjumpa lagi....

Wednesday, November 16, 2011

Dugaan Allah.....

Semalam, Fahmi dihantar oleh kawan2 sekolahnya dalam keadaan "lupa". Sehingga namanya pun dia tidak ingat. Mukanya "blurr".

Kawan2 nya yang menghantar telah menceritakan segala2nya. Rupa2nya kepala di bahagian belakang terhantuk ke lantai semasa bermain futsal. Dalam keadaan terhantuk itu seorang lagi kawannya terjatuh dan menghempap kepala Fahmi. Allahuakhbar!!!!!!

Bayangkan betapa sedihnya melihat muka anak pintar ini menjadi kosong......Kebetulan ada sebotol air zam zam yang baru dibawa pulang oleh abahnya hari isnin. Saya guna air zam zam itu dengan membaca beberapa ayat dan doa serta meniup di air tersebut dengan harapan doa ibu dimakbulkan Allah. Fahmi meminum air tersebut.

Malam selepas sembahyang maghrib, abahnya bersama faiz menghantar Fahmi ke wad kecemasan, Hospital Temerloh. Sepatutnya Fahmi dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan selanjutnya. Tetapi alhamdulillah.....dia mula mengingati segala2nya kecuali tentang apa yang berlaku kepadanya selepas kemalangan itu sehingga di hospital, dia tak ingat langsung.

Hari ini dia pergi ke sekolah seperti biasa. Pagi tadi saya bertanya kepadanya. Macamane? Dia menjawap, ok, alhamdulillah cuma tak ingat apa yang berlaku padanya....

Inilah pengalaman yang sungguh mendebarkan. Inilah dugaan yang baru sedikit Allah berikan kepada hambaNya. Allahuakhbar...tak dapat bayangkan bagaimana jika berpanjangan. Oleh itu, dalam banyak hal.....mestilah berhati-hati terutama bahagian kepala kerana di situlah segala galanya...Otak...

Semuga Fahmi lebih berhati hati....Hari ini dia mula bertanya apa yang dicakapkan dan dilakukan semalam. Sambil berkata, betul Fahmi buat itu???? Fahmi tak ingat pun..........

Tuesday, November 15, 2011

Sup "gearbox"

Pada Hari Raya Eidul Adha baru baru ni, dapat masak seperiuk besar tulang dan daging lembu.
Puas makan sekeluarga, Sehingga habis tulang "gearbox" disedut dengan straw. Mmm......sedapnya.

Kami makan sup ni sehingga makan malam sekali lagi. Kali ini ditambah pula dengan daging bercampur dengan hati dan limpa dimasak kicap...

Alamak!!! bertambahlah beratlah badan ni....Takpe, takpe.... sekali sekala makan seperti ini..

Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Eidul Adha

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada sanak saudara, sahabat handai serta seluruh umat islam di dunia.

Kepada umat islam di Mekah, selamat menunaikan ibadah haji, semuga mendapat haji mabrur, insyaallah.

Wednesday, November 2, 2011

Eh ye ke ni!!!!!!

Jalan punya jalan.... terjumpalah gambar ini.....Ustaz nak gi ngajar mane hari ini? Belajar dulu, tak habis lagi tu.....

He he he... inilah gaya seorang ustaz to be. Ustaz Muhammad Firdaus bin Arshad. Semuga menjadi seorang peguam yang baik, beriman dan bertaqwa serta menyeru manusia kepada kebaikan. Insyaallah... Amin .


Sunday, October 23, 2011

Konvo anak sulungku......

Alhamdulillah....pada 22.10.11 bersamaan hari Sabtu, Muhammad Firdaus telah dianugerahkan segulung ijazah Undang-undang (Kepujian) di UITM Shah Alam. Itulah anak sulungku....
Saat-saat menerima ijazah disampaikan oleh Pro-Cancelor YBhg Tan Sri Datuk (Dr) Hj Arshad Ayub (Gambar LED Display Dewan Agong Tuanku Canselor)

Inilah ciuman pertama dari Muhammad Firdaus setelah keluar dari dewan.

Kegembiraan terpancar dari wajah kedua ibu bapa yang tidak dapat disembunyikan lagi...

Di antara adik beradik yang datang meraikan bersama . Cuma 2 orang yang tidak dapat turut serta iaitu Dila yang sudah kembali ke Mesir pada 18.10.11 . Manakala Farah sedang menghadiri kuliah untuk peperiksaannya di UIA Gombak.

Semuga kejayaan Muhammad Firdaus ini akan menyuntik semangat berjuang kepada adik-adiknya yang lain...Insyaallah.

Thursday, October 20, 2011

Dila kembali semula ke Mesir

Dila memasuki kawasan perlepasan antarabangsa.....

Bergambar kenangan sebelum berlepas. Bapanya tidak dapat menghantar kerana mengikuti kursus di KL selama 3 hari.

Inilah makanan tengahari kami di MD di KLIA. Maklumlah bertolak dari rumah pukul 9.oo pagi tadi lagi. Dila akan menaiki kapalterbang pukul 3.oo petang.

Tengok tu.....nampak sangat kelaparan.. makanlah Dila....

Haik....ngantuk lagi ke???? ni semua ponteng sekolah hari ini sebab menghantar Dila ke KLIA.
Semuga Dila akan meneruskan perjuangan di bumi Ambia'......