Followers

Tuesday, September 27, 2011

Merpati dua sejoli.........

Kelas gitu....romantiknya........ berdua duaan di tepi pantai di Gambang Water Park, Kuantan. Sementara anak-anak bermandi- manda di dalam air.

Inilah sahaja masa yang terluang bersama anak-anak. Entah bila lagi boleh berkumpul kesemua sembilan orang dalam satu masa.

Semuga kebahgiaan selama ini akan berterusan dan berkekalan sehingga akhir hayat. Ya Allah, lindunggilah dan rahmatilah keluarga ini. Sesungguhnya kami berlindung dan berserah kepadaMu.

Saturday, September 17, 2011

Bermandi manda di Bkt Gambang di raya keempat.

Bergaya sekali mereka berdua di pintu masuk Gambang Water Park ini.......

Keluarga Mak Su Norma pun turut serta bersama kami...

Selepas bermandi manda, berehat sebentar sambil bergambar....

Dengan gagahnya pemuda pemudi ini menuju ke tempat slide.....

Gambar ini diambil semasa keletihan bermain di Water park seharian, sedang menuju ke kereta.

Tengok gelagat mereka setelah sampai ke bawah. Langsung tak kelihatan takut.

Kemenangan untuk Pak Teh dan Pak Sunya yang berjaya menuruni slide family .

Kelihatan Fahmi, Farah dan anak Mak Su, Atiq sedang bermain air...

Emak-emaknya pun nak naik pelampung juga......

Bapak-bapaknya pula sibuk bermain bola tampar bersama-sama. Begitulah seharian dua keluarga berkumpul bersama di Gambang Water Park, Kuantan. Semuga berjumpa semula di lain masa.


Saturday, September 10, 2011

Executive Conference 5.9.11 - 7.9.11

Conference di Hotel Westin selama 3 hari. Gambar ini di ambil di lobby hotel, sementara menunggu coach untuk ke Gala Dinner di Restoran Songket.

Semasa di bilik conference...

Di Restoran Songket, KL. Makanan di sini ala2 melayu tetapi di naiktaraf untuk dijadikan makanan hidangan untuk pelancong. Kelas gitu....

Inilah pakaian jubah dari Mesir yang dibeli oleh Dila tahun lepas....


Bersama hadiah tupperware dan kuih raya untuk semua yang hadir. Berjumpa lagi di lain masa.
Terasa sunyi selepas Farah balik ke UIA tadi. Minggu lepas Faiz masuk UITM. Dari sembilan , dah tinggal tujuh orang......Seronok nya berkumpul sekeluarga . Sebuah keluarga yang besar..... Bye..

Wednesday, September 7, 2011

Faiz mendaftar Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan di UITM, Shah Alam.


Pada 6.9.11, abang dan Dila telah menghantar Faiz mendaftar masuk ke UITM Shah Alam bagi mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan.

Saya tidak boleh menghantarnya kerana berada di Hotel Westin menghadiri Executive Conference bermula 5.9.11 - 7.9.11.

Sabtu ni Farah pula akan memulakan kuliahnya di UIA Gombak pula. Faiz bersama kakaknya Dila yang juga Tahun Ketiga mengikuti Ijazah Perubatan di Mesir. Dila akan kembali ke Mesir pada 18.10.11.

Abahnya menghantar Faiz ke asrama yang akan didiami iaitu di Kolej Perindu, UITM.

Sibuknya abah mengeluarkan barang-barang keperluan Faiz semasa di UITM. Selamat belajar dan berjuang untuk mendapat segulung ijazah dan menjadi seorang doktor yang beriman dan bertaqwa. Ibu dan abah sentiasa mendoakan kesihatan dan kejayaan Faiz . Good luck!!!

Saturday, September 3, 2011

Balik kampung raya pertama......



Di rumah Cik Eri pada pagi raya kedua, bertolak dari rumah Abg Chak (Dr Wahab) di Bukit Kapar.
Menjamu selera di rumah Cik Eri...Sementara menunggu makan tengahari di rumah Kak Mah.

4 teruna di kampung rumah Tok Atan mereka...Masing2 dengan gaya tersendiri.

Berlatar belakangkan sawah padi yang luas terbentang. Padi masih belum lagi disemai.....

Di sebalik dedaun sebatang pokok kurma yang ditanam di tepi sawah. Bila dah berbuah nanti bolehlah makan kurma fresh.......

Sebelum berangkat ke Kelang di pagi raya kedua.. Mengangkut barang-barang masuk ke dalam kereta..... Kali ini balik kampung dengan 2 buah kereta. Dulu semasa anak masih kecil boleh je guna MPV. Sekarang dah tak muat......


Gambar keluarga bersama atok dan tok cik di kampung....Seronoknya balik kampung...

Berjumpa lagi di lain masa.

Wednesday, August 31, 2011

Beraya di rumah Kak Mah di Kelang.



Beraya di Kelang pada raya kedua. Bergambar bersantai bersama keluarga tercinta .

Tengok tu tiga adik beradik ni.... BerKung Fu pula tu!!!!!!! Ai ya.........Ini mana mali? China mali....

Inilah kaum lelaki dari tiga keluarga .........Mana yang paling hansem ni.......Aduh!!! mesti yang duduk di depan sekali tu..... My hubby lo.....

Seperti biasa 3 adik beradik perempuan yang sentiasa bersama walau di mana berada.....

Cucuku..... dua anak nina ( anak Kak Mah Kelang yang sulung). Tengok tu.... teruk Tok Teh kena layan depa berdua no.......

Ok. Berjumpa lagi .......Gambar balik kampung pada raya pertama belum upload lagi....Tunggu........

Friday, August 26, 2011

Pulang berhari raya bersama keluarga.....


Lagi 3 hari Ramadhan akan meninggalkan kita...... Suasana berhari raya semakin terasa.
Kepada sahabat yang akan berangkat balik kampung mulai hari ini, semuga perjalanan anda selamat dan di lindungi Allah.

Saya mengambil kesempatan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada pembaca semua. Mohon maaf sepanjang penulisan blog ini jika ada penulisan yang menyinggung perasaan pembaca tanpa di sedari.

Semuga berjumpa lagi di lain waktu, berbahagialah selalu di samping keluarga tercinta.
Salam.

Saturday, August 20, 2011

Bergambar bersama Mr Rick Going

Inilah gambar rasmi Tupperware yang diambil bersama Mr David Wong dan Mr Rick Going.

Monday, August 15, 2011

Bayi comel......

Inilah tangan kecil yang akan menggoncang dunia kelak....Wah! powernya ayat tu.... Kecilnya tangan bayi comel yang baru berusia 5 hari ini.

Ini adalah bayi jiranku yang baru. Kesian ibunya baru kehilangan emaknya. Emak mertua tak berapa sihat... takde orang nak menjaga anak kecil ini sewaktu ibunya nak berurut. Jadi saya pun ambil peluang bawa balik rumah sekejap. Kebetulan pula kena kuning, maka duduklah sekejap di bawah mentari pagi.

Amacam!!!!! Ada gaya menjadi nenek tak???? Hai.... bilalah nak ada cucu sendiri ni.... Teringat zaman dulu..... Tujuh anak semua kami berdua menjaga sebaik dari keluar hospital. Takde pembantu pun... Suamilah ke hulu ke hilir menguruskankan hal memasak, berurut dan menguruskan anak2 yang lain.

Oklah. Kena hantar semula bayi comel ni kat ibunya.... Nampak dah lapar tu.... Jumpa lagi...


Sunday, August 14, 2011

Satay dan ayam panggang special.....

Baik2 Fahmi..... nanti terjatuh kat kolam ikan tu......

Wow!!!! kepak ayam kegemaranku...... tak sabar nak makan ni.......

Lagi 10 minit nak buka puasa ni..... ayam tak masak lagi ni.....

Inilah sebahgian dari satay ayam yang dibakar petang semalam. Wei mana tukang jaga ni... nanti hangus, kipas....kipas....kipas...

Cepat Farhan, bawa pinggang tu ke dalam rumah, waktu berbuka dah hampir nih...

Tiga beranak duk membakar satay... Bapanya tukang jaga api...Tapi Fahmi duk curi tulang tu...

Dan akhirnya... selesailah satay yang dibakar sepinggan hidang dan ayam kepak panggang sepinggan. Habis semua semasa berbuka ...... Alhamdulillah , rezeki yang Allah berikan kepada kami hari ini.....


Friday, August 12, 2011

rezeki di bulan ramadhan.......

Sudah 2 kali, seorang kawan memberi kaki, leher dan bontot ayam. Banyak pulak tu. Kawan ini adalah penjual ayam golek di bulan Ramadhan. Itulah di namakan rezeki......

Fikir punya fikir...akhirnya buat meehoon sup dengan kaki dan leher ayam.... Tambah sikit fishball, fishcake dan taugeh...

Meehoon di rebus sehingga masak dan ditoskan....

Lebihan kaki, leher dan bontot ayam digoreng bertepung untuk diratah....Tengok tu sebesin bekas Tupperware yang besar tu..... Habis semuanya....... Alhamdulillah.....

Mee rebus dimakan dengan sambal kicap. Mmmm..... habis semua masa berbuka kaki, leher dan bontot diratah oleh 7 orang anak2ku....
Alamatnya, bersahur dengan telur jelah nanti......Begitulah meriahnya makan seramai 9 orang setiap hari........... berebut2 makan. Sahur pun makan laju je....
Seronoknya.... Alhamdulillah dengan rezeki yang dikurnia Allah kepada kami.



Sunday, August 7, 2011

Shopping di KLCC


Luasnya tempat ini... bertingkat-tingkat....tapi tak banyak tempat yang menjual baju kurung....

Ini di bahagian asessories..... Bermacam macam.....perhiasan wanita biasanya.....lelaki jarang pakai benda benda ini.

Ramainya orang berkunjung di sini. Kebanyakan barang-barang branded dijual di KLCC. Semuanya 'limited edition'. Teringin nak membeli bag tangan bonia new release.......tapi yang sedia ada cantik lagi...

Akhirnya pergi ke tingkat atas. Banyak restoran dan banyak pilihan makanan. Tak tau nak makan apa........... makan nasi mamak lah. Sedap juga dan murah. Hari itu amik kari kambing, ayam berempah dan sayur serta air carrot...