Followers

Monday, June 13, 2011

shop shop shop......till drop....

wah!!! dah siap sedia untuk pergi shopping nampaknya ......dah tak sabar rasanya. Maklumlah sebelum ni berjalan sakan sekitar Saigon dan Sg Mekong.

Inilah hotel yang kami tinggal selama 4 malam. Betul2 berdekatan dengan Ben Thanh Market, pusat membeli belah kepada pelancung yang datang ke sini.

Di belakang tu lah namanya Ben Thanh Market yang terkenal itu. Di lorong2 inilah Night Market.

Sedang memilih t shirt, kelihatan jg pelancung dari US ini sedang membeli t shirt jg. Dia menegur kami kerana pandai menawar harga. Tengoklah siapa bosnya......He he he.....angkat bakul sendirilah.

Di sini memang terkenal dengan kasutnya murah dan berpatutan. Mula2 beli 2 pasang, malam esoknya beli lagi 3 pasang. Untuk anak2.....kebetulan Fahmi ikut, dialah yang pilihkan untuk kakak, abang dan adik2nya....

Ini salah sebuah kedai yang menjual cenderahati2 seperti keychain, pinggan2 perhiasan, cermin dan sebagainya.

Ini pula kedai menjual berbagai2 jenis alas meja, kusyen dan cadar serta sarung bantal. Tapi di sini tidak sebanyak pilihan seperti di Beijing, China.

Inilah buah2buahan yang terdapat di sini. Buah longannya yang paling terkenal. Buah cikunya juga sungguh besar dan manis sekali... Setiap hari makan buah2 buahannya. Nak bawa balik takut pula rosak.

Inilah gambar2 yang dapat saya kongsikan bersama sempena lawatan ke Vietnam bersama Fahmi. Berjumpa lagi....


2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    1. Fahmi gambar dgn org negro tingginya dia:)
    2. Rambang mata tengok kasut-kasut. Belilah banyak-banyak jangan nanti nyesal bila balik
    3. Buah fresh tak tahan mata kakak tengok:)

    ReplyDelete
  2. kakzakie,
    itulah. 4 malam duk situ, 4 malam lah pergi kedai kasut itu... sampai budak 2 org tu jadi sangat kenal dan peramah. dia beri diskaun banyak sgt. tapi siap pesan jgn bgtau pada org yg dtg beli kasut tu.... jadi bila sedang kami pilih kasut, ada org msia tanya , tak berani nak ckp lah...
    Org negro tu mmg tinggi betul....

    ReplyDelete