Followers

Tuesday, December 15, 2009

BAB 18 - MELANCUNG KE MESIR BAHAGIAN 2

Bertemu lagi di bahagian 2 melancung ke Mesir. Dalam perjalanan ke Iskandariah terdpt byk ladang2 anggur, limau, jambu dan kurma. Ini adalah se btg pokok kurma yg penuh dgn buah yg sedang masak ranum. Buahnya sgt besar, berwarna kemerahan, manis dan rangup. Cuba lihat buah kurma yg berjuntai2 di atas pokok itu. Perjalanan dr Kaherah ke Iskandariah mengambil masa 3 jam. Aduh ! !! lamanya .


Ini adalah pintu gerbang yg merupakan tempat membayar tol sebelum masuk ke Bandar Iskandariah. Iskandariah merupakan Bandar ke 2 terbesar di Mesir. Ia dijumpai oleh “Alexander the Great” pd 312 SM.

Sepanjang jalan di pinggir bandar Iskandariah terdpt ramai org Arab sedang duduk sambil menghisap “smoking water”. Agaknya mmg sdh budaya mrk suka duduk ditepi kedai sambil menghisap “smoking water” itu. Gambar ini diambil semasa bas sedang bergerak.

Di sini, saya berpeluang melihat “Catacombs of Kom el Shuafa , sebuah tempat makam2 raja dan keluarga mrk di zaman Rom..Gambar tidak blh diambil di sini. Kemudian pergi ke “Roman Ampitheater”, satu lg tinggalan sejarah Rom. Cuba lihat gambar. Ianya berbentuk bulatan seperti Colleseum di Itali.

Kemudian kami dibawa ke "Seafood Restaurant – Fish market" yg menghidangkan makanan laut yg "fresh" dan roti yg br dibakar. Nama restoran itu ialah Tikka Grill Restaurant di tepi Laut Mediterranean.

Tengok rotinya… panas dan sedang kembong. Sedap tau…. Ianya dihidangkan dgn 4 jenis sos yg digelar “Healthy Egyptisn Sauce. Saya makan 3 keping dan tak berdaya lg nak mkn nasi choc yg dihidangkan selepas itu. Kenyang betul...

Selesai makan , bergambar dgn berlatar belakangkan bandaraya Iskandariah dan Laut Mediterranean. Sungguh indah sekali... Walaupun dibwh matahari terik, udara msh sejuk dan nyaman sekali.

Terkejut tenguk ikan ini??? Berbagai jenis ikan dan siput2 ada dijual sebagai perhiasan.

Di antara cenderamata yg dijual. Kebanyakan berkonsepkan topeng emas, firaun, pyramid dan byk lg.

Dalam perjalanan pulang, singgah di sebuah istana yg sangat indah dan mempunyai pemandangan pinggir laut ini. Cuba teka???

Ia adalah istana milik Presiden Mesir iaitu Hosni Mubarrak. Tidak dibenarkan pelawat msk, Cuma dpt bergambar diluar pagarnya sahaja. Ramai polis dan askar di sini.
Perjalanan pulang ke Kaherah terasa sungguh lama. Kami sampai di Kaherah dlm pukul 9 mlm. Badan terasa letih sgt. Singgah makan malam di “Carvery Restaurant” yg menghidangkan berbagai jenis makanan ala “middle east food" dgn 20 jenis roti Mesir dan "dessert"2 yg manis.

Keesokan harinya, kami menyambung perjalanan ke Stepped Pyramid terletak di Sakara. Piramid ini merupakan pyramid yg paling awal dibina di Mesir. Ini adalah pintu masuk ke situ. Di sepanjang perjalanan ke Sakara terdpt ramai petani yg mendiami di dalam rumah spt kotak yg dibuat dr tanah liat. Mrk ini adalah merupakan penduduk termiskin di kaw ini...

Bergambar bersama CEO Tupperware , Mr David Wong dan isteri. Kami berenam saja dr pantai timur dpt melancung ke Mesir.
Kawasan ini adalah sebahgian dr Gurun Sahara. Yang membezakan kawasan ini dgn pyramids di Giza ialah pasirnya yg sgt halus. Sehinggakan nak berjalan, kaki mesti terbenam di dalam pasir tersebut. Oleh kerana keunikan pasir ini, ramai yg mengambil pasir ini utk dibawa pulang.

Di sini terdapat ramai puak Badwi menjalankan perniagaan mrk. Mrk menjual berbagai jenis kraftangan yg dibuat dgn tgn. Mereka jg menyewakan unta mrk untuk ditunggang. Tetapi kami tidak dibenarkan naik unta di sini kerana kawasan ini berdekatan dgn sempadan Libya. Ada cerita mrk membawa lari pelancong hingga ke sempadan. Seramnya dgr cerita mcm itu…

Selepas itu kami dibawa ke Papyrus Museum. Papyrus ialah sejenis tumbuhan dan byk tumbuh di sepanjang Sg Nil, utk dibuat kertas. Kertas ini mula2 dihasilkan dan digunakan di zaman firaun. Sayang kamera tidak dibenarkan di sini. Sekarang tibalah utk makan tengahari. Sebuah "BBQ Picnic Lunch". Bestnya. Dpt sebiji Tupperware lengkap dgn sudu dan pinggan. Makanan di masak di sekeliling tempat itu. Sudah kenyang blh “TAK PAU” lg. He.he.he....

Selesai makan, kami dpt bersembahyang zohor dan azar bersama org arab di padang yg terdpt disitu. Padang yg luas terbentang Cuma di alas dgn kain sbgai tempat sujud. Ini lah pertama kali bersembahyang di tempat yg sgt luas dan lapang itu. Jauh mata blh memandang…tapi kusyuk… insyaalah…
Kemudian bas mula bergerak menuju ke “Great Pyramids of Giza” – 7 “wonders in the World” berhampiran dgn hotel kami.
Cuba bayangkan batu yg besar itu dpt diangkat dan disusun membentuk pyramid yg sgt tinggi. Inilah misteri yg masih tidak dpt dijawab oleh pengkaji2 sejarah.


Bergambar di patung yg sgt terkenal. Spinx yg merupakan kepala singa dan berbadan manusia. Ia adalah dikatakan sebagai penjaga 3 piramid yg terkenal ini. Sampai di sini dulu kita sambung ke bahagian 3 cerita ini. Tunggu…

18 comments:

  1. Assalamualaikum Hajah. Dengan hormatnya saya menjemput anda bertandang ke blog saya dan blog isteri saya http://teacherrahila.blogspot.com kerana di sana mungkin ada mutiara yang anda cari selama ini. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  2. W'salam, Mybabah. Saya sudah kesana dan insya Allah akan kesana lagi.

    ReplyDelete
  3. Hello Hajah Nafisah, I love the pictures here. Really beautiful.
    Hope I can visit this country one day. And climb the Pyramid, duduk camel, ha ha.
    Have fun and keep well, Lee.

    ReplyDelete
  4. Uncle Lee,
    Hi again uncle lee. So nice of u to come and visit me here. I think u must go there because u love story about ancient civilization and u want to climb the giza pyramid, don't u?
    I can't wait to see ur photo on the camel and on top of the pyramid. Ha ha ha...see u again and have a nice day, Uncle Lee..

    ReplyDelete
  5. Salam kak Hajjah, saya membayangkan keseronokan yg akak kecapi bila Allah kurniakan akak rezeki,dapat pergi ke tempat2 tinggalan sejarah Nabi2 mcm tu. Bestnya kak kan...Bila lah rezeki tu nak datang pada saya pulak yea....

    ReplyDelete
  6. annie,
    insyaallah. Semua manusia dikurniakan rezeki masing2. Adalah tu, tgu masa yg akan menentukannya. Akak doakan annie bahagia selalu. tq singgah sini.

    ReplyDelete
  7. Salam.. satu per satu saya telitikan catitan pengembaraan Hajah.. Walaupun tak dpt jejak kaki ke sana, dpt tengok gambar dan baca pun cukup.... skurg2nya dpt gambaran.. Oh ya.. 'smoking water' tu bkn ke lebih dikenali sbg "SHISHA".. dgn pelbagai perasa buah2an..

    ReplyDelete
  8. wifenavy,
    W'salam. Yer. ia jg dipanggil shisha. Saja nak buat kelainan, guna bahasa Inggeris skt. Akak mmg suka bercerita selepas satu2 perkara yg akak buat. Tu yg jd tak henti2 je ceritanya. Tq singgah sini.

    ReplyDelete
  9. salam kak hajjah,
    alangkah seronoknya klu sy dpt ke sana.
    bila tu...?

    ReplyDelete
  10. zue,
    W'salam. Akak pun kalau bukan sebab Tupperware pun tak jg dpt ke luar negara spt sekarang ini. Allah beri akak kelebihan, alhamdulillah.. Rezeki ada di mana2. Carilah dan rebutlah peluang itu. Tq singgah sini. Jumpa lg...

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Hajah,

    Seronok dok baca pengalaman siri melancong ke mesir nie... Gambar2 cantik2... salah satu tempat yang saya impikan... tapi tak tahu ler hajat tercapai atau tak untuk ke sana...

    ReplyDelete
  12. Atikah,
    Insyaalah... jgn cepat putus asa. Akak doakan atikah akan berpeluang jg ke sana. Insyaalah...
    Tq datang sini. Tgu bahagian ketiga siri ini.

    ReplyDelete
  13. Puan, rasanya puan dah boleh publish buku untuk dairi pelancongan puan. Banyak gambar cantik yang puan ambil dan ulasan yang menarik.

    Sekurang-kurangnya jadi buku promosi pelancongan luar pun ok. Tulis mengikut perspektif dan pengalaman puan. hehehe..cadangan je..

    ReplyDelete
  14. Izzuddin,
    Bagus jg cadangan itu. Mungkin akan dipertimbangkan. Kalau dpt duit "royalty" nanti blh beri 20% krn cadangan itu. He he he....

    ReplyDelete
  15. bestkan jadi direktor @ manager tupperware nie.. dapat gi jenjalan.. =)

    psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

    ReplyDelete
  16. Putra Al-Maliki,
    Mesti best. Dpt duit dan dpt melancung ke luar negara sekali. Tq singgah kat sini.

    ReplyDelete
  17. Satu pengalaman manis !

    Ramai betul yang makan di restoran tu,ya.. nampak sesak betul.

    Lucu tengok ikan buntal tu..

    ReplyDelete
  18. Tie,
    Semuanya 200 org dr Malaysia, Singapore dan Brunei. Mmg sgt sesak. Nak makan berebut2 dan ramai2. Tapi servis mrk sgt laju dan baik. Agaknya sudah hari2 mrk "serve" org dlm keadaan mcm itu. Cepat je servisnya, lepas satu2 makanan diganti, mcm kita je yg dtg makan. Seronok tau... Tq singgah sini Tie.. Dtg lah lagi.

    ReplyDelete