Sudah lama tak update blog. Maklumlah musim persekolahan sudah bermula. Masa tulah kena siapkan buku rekod mengajar tahunan, mingguan dan harian. Tahun ni mengajar 2 kelas sahaja BI dan 1 kelas moral. Minggu ini jg nak submit permohonan baru pencen pilihan... Doakan permohonan saya di terima tahun ini. Bukan apa, dah lbh dr 20 tahun mengajar, dah tiba masa beri laluan utk org2 baru.
Kali ini saya akan paparkan kenangan melancung bersama TUPPERWARE bersama anak , Muhammad Faiz ke Sarawak selama seminggu.

Semasa di dlm penerbangan . Kakak di KL pun ikut sekali. Mak Longnya memang pandai melayan anak buah.

Muhammad Faiz bersama Mak Long nya di hadapan patung seekor kucing putih lambang bandar Kuching.
Pertama kali anak menaiki kapalterbang dan melancung ke tempat yang jauh .

Di Taman Budaya. Berbagai jenis rumah terdapat di sini, dari Rumah Melayu, Rumah Cina, Rumah kaum-kaum lain di Sarawak semua terdapat di sini.

Aduh! letih jg mendaki tangga ini menaiki rumah yg paling tinggi di atas bukit. Terpaksa memakai selipar dan terpaksa menyimpan kasut tumit tinggi di dalam beg untuk sampai ke atas rumah tinggi ini.

Ini adalah diantara berjenis-jenis kek lapis yang sangat terkenal ini. Kami dapat merasa semua jenis kek lapis. Bayangkan sampai kenyang.

Hai... terpaksalah berkorban. Asyik-asyik kena tangkap gambar mereka. Tak blh jadi ni, nak jg bergambar...
Akhirnya... baru blh posing sikit.. Puas hati dah, terbayang di wajah ku.
Berjumpa lagi selepas ini melancung ke Langkawi bersama 3 orang anak yg lain iaitu bersama Muhammad Firdaus, Nurfadhilah dan Nurfarahayn. Memang seronok melancung di Malaysia.... Tak perlu ke luar negara bersama anak-anak selepas penat lelah bekerja.