Followers

Monday, April 8, 2013

Perjalanan ke Mekah Al Mukarramah.....

 Kami bertolak dari Madinah ke Mekah selepas Asar. Dalam perjalanan selama lebih kurang 8 jam itu, singgah sembahyang jama' Maghrib dan Isyak di sebuah perhentian seperti RnR. Makan ala-ala Arab gitu di atas permaidani dan dibekalkan makan malam.

 Kemudian meneruskan perjalan menuju ke Mekah. Kami berhenti di Masjid Bir-Ali untuk mengerjakan solat sunat ihram dan bermiqat umrah yang pertama.

 Sampai di Mekah, terus dibawa ke hotel untuk bersiap dan menyimpan beg-beg ke bilik masing-masing.
Kami berkumpul semula di lobby untuk dibawa oleh Muttawif ke Baitullah untuk menyempurnakan ibadah umrah yang pertama tadi.

 Muttawif memberi penerangan tentang cara-cara mengerjakan Tawaf, Sa'ie dan Tahallul.
Semasa Tawaf kami berpecah. Saya bersama anak2 perempuan manakala suami membawa anak2 lelaki. Alhamdulillah , selesai tawaf terus menuju ke Sa'ie.

Sebahgian tempat masih dalam pembinaan. Tingkat atas sudah tinggal separuh. Perempuan tidak boleh naik ke tingkat atas sekali. Sudah tiada tempat untuk Tawaf di atas. Dulu 7 tahun lepas, kami pernah menunaikan Tawaf di tingkat atas ini bersama orang2 yang berkerusi roda. Memang jaraknya 7 kali berbanding Tawaf di bawah.

Selesai Sa'ie, kami terus Bertahallul. Maka selesailah Umrah yang pertama kami. Semasa pusingan akhir Sa'ie, suara Azan Subuh sudah berkumandang .  Saya dan Ijah berhenti minum air zam-zam dan mengambil wuduk untuk solat Subuh di situ.

Alhamdulillah...sambil mencari tempat di kawasan Sa'ie, kami duduk bersama jemaah2 wanita lain di satu tempat dan menunaikan solat Subuh di situ. Selesai sahaja, kami berkumpul semula di tempat pertemuan awal tadi dan berjalan kaki balik ke hotel....

Itulah hari pertama kami di Mekah.  Berjumpa semula..

Friday, March 22, 2013

Selamat tinggal...Ya Rasulullah.....

 Inilah hari terakhir kami di Madinah..... Selamat tinggal Ya Rasulullah...

 Firdaus di makam Nabi Muhammad saw dan 2 sahabatnya.

 Kami cuma boleh berada di luar.....di bawah kubah hijau itulah terletaknya makam nabi kita....

 Sayunya hati...bila lagi dapat kembali berada di bumi Madinah ini....

 Pada pagi itu....kelihatan payung besar mula mengembang...

 Akhirnya......semua dah kelihatan kembang keseluruhannya....Sungguh indah sekali suasana ini berlaku di depan mata....

Kami bertemu semula di tepi Masjid Nabawi sebelum kembali ke hotel untuk memakai ihram dan mengangkat bag2 menuju ke Mekah.

 Pakaian ihram untuk bermiqat di Masjid Bir-Ali...

Berhenti sekejab di sebuah perhentian untuk makan malam dan meneruskan perjalanan ke Mekah Al-Mukarramah.

Wednesday, March 13, 2013

Melawat ladang kurma di Madinah...

 Semasa di Madinah kami dibawa melawat ke Ladang Kurma Bani Hashim. Sebaik sampai saja kami diberi taklimat serba sedikit mengenai ibadah umrah apabila tiba di Mekah.

 Di belakang sibuk penjaja buah2 kurma dan kekacang mempromosikan hasil ladang mereka. Kami juga dihidangkan minuman panas dan sejuk untuk hilangkan dahaga.

 Di mana2 tetap berdua. Orang2 Arab biasa duduk di sini sambil menjamu selera dan berbual-bual menghabiskan masa yang terluang...

 Bergambar di rumah ladang mereka yang diperbuat dari batang2 dan daun2 pokok kurma.

 Empat sekawan sedang berehat sebentar. Suami bersama firdaus, fahmi dan farhan.

 Di pintu masuk ladang kurma ini. Ladangnya sungguh luas. Kami dapat melihat bunga di pokok betina di bungkus dengan bunga yang diambil dari pokok jantan pokok kurma supaya menjadi buah. Memang pelik juga. Jika tidak dibuat begini, sampai bila2 lah pokok takkan berbuah...

Bergambai sebelum pulang semula ke hotel untuk mengemas bag menuju ke Mekah. Selepas ini kami akan mengucapkan selamat tinggal kepada Rasulullah....Berjumpa lagi.

Thursday, March 7, 2013

Lawatan tempat2 bersejarah di sekitar Madinah....

 Di Madinah, kami dibawa melawat di sekitar masjid Nabawi.... Ini di kawasan luar masjid dibawah payung besar.

 Shopping mata dalam perjalanan ke Masjid Nabawi. Macam2 ada dijual di sini....

 Ini semasa lawatan di Masjid Quba'

 Selesai Maghrib dan menunggu Isya'. di dalam Masjid Nabawi.
Hari pertama Farah dan Ijah mengikuti rombongan jemaah perempuan memasukki Raudhah. Banyak peristiwa2 yang berlaku..

 Ini semasa lawatan ke Jabal Uhud. Belakang ialah bukit di mana pasukan memanah diarahkan oleh Rasulullah untuk bersiap sedia....

 Mendengar penerangan dari Ustaz Jo mengenai pejuang2 yang mati syahid di Perang Uhud. Di dalam pagar tulah disemadikan para2 syuhada.

 Di sebelah kiri Masjid Quba' , anak2 bergurau senda sebelum menaiki semula bas. Aik? mana Firdaus ni....

 Di Masjid Qiblatain...masjid di mana 2 hala kiblat berlaku. Peringkat permulaan, kiblat menghala ke Masjid Baitul Muqaddis. Setelah mendapat perintah Allah, kiblat di arahkan ke Baitullah di Mekah.

Masjid di sekitar Jabal Uhud.  Bas berhenti jauh sangat.  Kami tersilap pandang bas lain, terus tersasar ke depan. Nasib baik tak berjalan jauh sangat.  Cuaca panas pada hari itu, tekak pun haus. Kami membeli jus yang dijual di sini dan sangat sedap seperti jus yang dibawa balik oleh Dila dari Mesir.

Inilah sebahgian gambar2 yang sempat dirakam di sepanjang lawatan kami pada hari itu. Selepas itu bas terus membawa kami pulang ke hotel untuk bersiap sedia ke masjid untuk sembahyang zohor.

Ikuti seterusnya lawatan kami ke ladang kurma dan Makam Nabi .

Monday, March 4, 2013

Kami datang kepadamu, ya Rasulullah.....

 Inilah sebahgian dari bag2 kami yang akan bersama menemani di bumi Madinah dan Mekah selama 12 hari ini. Ujian pertama kami ialah penerbangan yang akan membawa kami terpaksa  ditangguhkan selama hampir 4 jam.

 Kami sanpai di Madinah sebelum sembahyang Jumaat.

 Anak2 menolong mengeluarkan bag2 dari perut bas. Wah!!!belum apa2 lagi bag dah berat2  belaka.

 Bergambar beramai2 di depan hotel penginapan kami di Madinah.

Biasalah...hotel2 di Madinah penuh dengan tempat2 shopping.....Mana boleh tahan ni!!!! Nak gi masjid kena lalu tempat2 macam ini setiap hari......

Inilah hari pertama kami di Madinah. Berjumpa pula di hari kedua di bumi Madinah.

Thursday, February 14, 2013

Alhamdulillah......

Ya Allah ...kami bersyukur kepadaMu atas limpah kurniaMu dan rahmatMu kepada kami.

Anak sulungku,  Muhammad Firdaus telah lulus dalam "double degree" Undang-undang di Uitm Shah Alam.
Keputusan baru keluar pagi tadi. Semuga ia menjadi pemangkin dan contoh kepada 6 lagi adik-adiknya yang lain.

Tahniah Firdaus and well done!!!! Keep it up!. Farah, Dila, Faiz, Fahmi, Farhan dan Faizah teruskan perjuangan..

Sunday, February 3, 2013

Keperluan bahasa cina di Beijing...

 Fahmi memang fasih berbahasa cina... Kami menghantarnya bersekolah cina semasa sekolah rendah.

 Apabila  sampai ke Beijing, dia menjadi jurubahasa kepada kami... Seronoknya dapat bercakap dengan mereka dengan lebih mesra.

 Sempat berposing bersama imam di sebuah masjid selepas berborak panjang lebar dgn  nya.

 Ini selepas sessi taklimat tentang perubatan cina...dia dah dapat seorang kawan....siap bertukar2 email lagi.
Facebook mmg diharamkan di China...

Fahmi duduk di depan sekali kerana adik cina tu suka berbual dengan Fahmi sambil memberi taklimat mengenai tea cina kpd kami...


Wednesday, January 30, 2013

makan angin di musim sejuk..

 bermain ski bersama kakak dan adik....kesian duk struggle berjalan di atas salji...

 posing yang menarik di atas salji.....

 faiz di puncak bukit.....

 apa yang dibincangkan oleh bapa dan anak ini.....

 salji yang membeku merata rata tempat....

 bergambar sekeluarga.....

 tak sejuk ke si bapa tu....baju tebal di lengan je....

 pohon anggur di sebuah masjid di musim winter....

hai...tiga orang anak-anakku berterbangan di tasik yang membeku......Inilah kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama keluarga sempena musim sejuk. Semuga Allah memberikan rezeki dan kelapangan kepada kami sekeluarga di musim winter akan datang. Amin.

Sunday, January 20, 2013

bermain salji bersama anak2....

 bergambar beramai2 semasa bermain ski....

 setelah dapat menguasai kemahiran, barulah mereka menaiki bukit untuk meluncur...

 mula2 jatuh juga semasa menuruni lereng bukit...

 farhan sedang menuruni bukit dengan gahnya.....

 anak2 sudah beberapa kali meluncur di lereng bukit....saya cuma mengambil gambar2 mrk sj..takut!!!!!...

 kakak dan adik yang ikut serta kami bermain ski....

 bergambar sekeluarga di atas salji yang memutih...

ijah yang manja .........