Selepas seagull feeding, terus ke gyeongbok palace dan blue house...
Di dalam kawasan Geongbok Palace.... Istana ini membuktikan Korea mengamalkan sistem beraja pada zaman dahulu.....
Di depan Blue House....fungsinya.sama seperti di Malaysia seperti di PutraJaya
Setelah penat berjalan, tiba masa makan tengahari. Kali ini di Goryo Samgyetang, sebuah Restoran Halal Ginseng Chicken. Ini ialah sup separuh ayam kampung bersama sup ginsengnya untuk seorang makan...
Ianya di makan bersama 2 jenis kimchi..kobis dan lobak putih..sedap...Kali pertama makan dah terpikat dengan kimchinya...
Korea terkenal dengan mee yang dibuat sendiri...lembut dan di masukkan sekali ke dalam sup tadi.
Di luar restoran ayam ginseng tadi...
Selepas check in ke hotel Sheraton Seoul D Cube City Hotel, Kami keluar pula untuk makan malam dan 'night tour' di sekitar Seoul. Dinner di Royal Cuisine dihiburkan dgn persembahan kebudayaan Korea.
Inilah tempat makan malam kami...sungguh eksklusif dan dihidangkan dengan berbagai2 makanan laut bersilih ganti bersama kimchi....
Ikuti seterusnya pengembaraan di Korea.....
Followers
Monday, October 1, 2012
Korea....bermulanya pengembaraanku ....
Sarapan pertama di bumi Korea setelah selamat sampai mendarat di Incheon International Airport.. Terus dibawa ke Grand Ballroom, Best Western Premier Airport Hotel untuk Halal Buffet.
Setel;ah mengisi perut, terus ke Seagull Feeding & Bay Cruise. Feri itu boleh memuatkan 5 buah bas sekaligus.
Di tingkat tiga untuk melihat dan memberi burung makan. Jinak sungguh!!! Kami cuma perlu menghulurkan makanan snack ini dan terus disambar oleh burung-burung tersebut. Sungguh indah suasana ketika itu...
Sambil-sambil memberi makan kepada seagull itu, masuk juga ke mulut sendiri snack yang dibawa tadi...He he he.....
Selesai...semua bas berpusu-pusu keluar dari feri memberi peluang kenderaan lain pula....Begitulah kisahnya di hari pertama di Korea.....

Sunday, September 16, 2012
Jamuan makan malam pada 16.9.12
Berbual dengan isteri Dr Wahab, Kak Nor.
Kaum bapa makan sambil melayan kerenah anak2.
Rakan2 anak yang datang juga pada malam itu, makan sambil menonton.
Orang2 kuat bersama Dr Wahab membincangkan sesuatu .
Di antara juadah yang dihidangkan. Nasib baik ada Dila dan Faizah untuk menguruskan soal pinggan dan mangkuk. Lega rasanya bila semua selesai.

Saturday, September 1, 2012
Raya raya 2012
Suasana di Sg Tengi.....
Di Parit 9, Sekinchan....
Di Parit 13.....rumah Tok Cik...
Di Temerloh semasa Cik Eri singgah.....
Di rumah Kak Mah, Kelang....
Di tepi Sg Pahang...
Di rumah mama.....mak angkat anak2....
Di rumah sepupu, Mak cik Arinah...... Semuga ukhwah yang terjalin semakin erat dan perpanjangan. Inilah di antara ratusan gambar2 ziarah musim raya 2012.

Tuesday, August 28, 2012
Sudah bertambah umur Ijah dan Omeh....
Inilah sebiji kek untuk dikongsikan berdua...
Ijah dan Omeh sedang memotong kek pada hari Isnin, 27.8.12
Sambil menjamu kek di ruang santai menonton tv
Bila nak habis kek tu....
Ijah dan Omeh sedang memotong kek pada hari Isnin, 27.8.12
Sambil menjamu kek di ruang santai menonton tv
Bila nak habis kek tu....
Monday, August 13, 2012
Faiz juga lulus...Alhamdulillah.
Alhamdulillah adik Dila, Faiz juga lulus cemerlang peperiksaan Medic nya untuk tahun pertama di Uitm dan akan memulakan pengajian di tahun kedua bermula September ini. Pengajiannya akan berpindah ke Sg Buluh yang baru siap dibina . Khabarnya,penempatan di sini hanya khas untuk perubatan sahaja. Semuga Faiz dapat semangat baru untuk lebih cemerlang di tempat baru.
Thursday, August 2, 2012
Bersyukur kepadaMu....
Kelmarin, pihak Universiti Al Azhar telah mengeluarkan keputusan peperiksaan bagi pelajar-pelajar Medic Tahun Ketiga. Dila berjaya dan akan meneruskan pengajiannya ke Tahun Keempat yang akan bermula bulan Oktober ini.
Alhamdulillah, semuga Dila dapat meneruskan kecermelangan ini sehingga habis pengajiannya. Tahniah di atas kejayaan Dila dalam menimpa ilmu kedoktoran dan juga serentak dengan ilmu agama di Universiti Al Azhar.
Monday, July 23, 2012
Alhamdulillah....
Anak sulong ku semasa "trial" nya baru baru ini. Semuga terus cemerlang dan menjadi peguam yang bertaqwa.
Bersama rakan rakan seperjuangan di dalam "trial" di Mahkamah Uitm, Shah Alam. Tahniah!!!!
Thursday, July 19, 2012
Selamat Menjalani Ibadah Puasa....
Selamat menjalani ibadah puasa kepada muslimin dan muslimat. Semuga beroleh kemenangan melawan lapar dan dahaga di bulan Ramadhan yang mulia. Perbanyakkan melakukan kebaikan dan meninggalkan segala kejahatan. Semuga beroleh ganjaran , insyaallah.
Ya Allah tetapkan iman kami kepadaMu. Kami berlindung kepadaMu.
Tuesday, July 17, 2012
Etok........sedapnya...
Sedapnya makan etok. Ahad baru ni balik Kelantan. Pergi beli etok 3 pot. Satu pot RM4. Beli nasi kerabu untuk dimakan bersama etok. Mmmm....mmg sedapnya. Dah bertahun tidak dapat makan etok kerana di Temerloh tiada dijual di sini. Dulunya ada seorg pengusaha etok dari Kelantan menetap di sini menjual etok salai tapi sekarang mereka sudah pulang semula ke negeri asal mereka.
Selepas itu tiada siapa lagi yang mengusahakan etok salai ini di Temerloh. Balik Kelantan terus melepaskan geram. Mmm...sedapnya....sehingga menjilat jari.
Friday, July 13, 2012
Hari anugerah peringkat negeri Pahang....
Baru-baru ini, Fahmi ke Kuantan untuk acara Hari Penganugerahan Sekolah2 Agama Negeri Pahang.
Dia mendapat anugerah dalam SMA. Alhamdulillah dan tahniah untuk Muhammad Fahmi. Semuga terus cemerlang dunia dan akhirat.
Tuesday, July 10, 2012
Makan tengahari hari ini....
Inilah makan tengahari hari ini. Pajeri terung, ikan keli goreng, goreng berlada telur dan ikan jeruk gelama yang digoreng dengan hirisan cili padi dan sedikit bawang.
Makanan macam ini tidak boleh selalu makan. Bukan apa....menambah2 nasinya. Nanti bertambah gemuklah badan ini.
Selamat menjamu selera.....kepada Farah, makan ubat supaya cepat "kebah" dari demam tu.....
Saturday, July 7, 2012
Dila sudah balik ....
Jumaat, Dila sampai di Malaysia pada pukul 6.39 petang menaiki Egypt Air. Dia balik bersama rakan-rakan serumahnya. Wah! banyaknya bag . Apa agaknya yang dibelinya tahun ini...
Dila akan menghabiskan cuti hujung tahun tiganya di Malaysia sehingga awal bulan 10. Masih ada 3 tahun lagi pengajiannya di Universiti Al Azhar, Cairo.
Selamat bercuti bersama keluarga di Malaysia. Tahun depan sehingga tahun keenam, cuti hujung tahun ini akan dipendekkan .
Monday, July 2, 2012
Sunday, June 24, 2012
Rombongan Pelajar Tahfiz dari Sek Men Agama Al Khairiah..
Jumaat lepas, 2 org anak iaitu Muhammad Fahmi dan Muhammmad Farhan mengikuti rombongan ke Darul Quran Jakim di Kuala Kubu Bharu.
Sedang mendengar sedikit taklimat....
Bergambar kenangan beramai-ramai. Semuga mereka menjadi seorang Tahfiz dan menjadi seorang pendakwah yang hebat.
Semuga Fahmi dan Farhan boleh mula mengorak langkah ke mana arah tuju yang mereka impikan......
Thursday, June 7, 2012
makan bersama anak2 di pizza hut.
Kami berlima makan di Pizza Hut Temerloh petang tadi. Kami memesan 5 chicken chop.
Hai.....ijah sedang asyik memotong ayam ......
Sebelum chicken chop sampai, suami sempat menghirup soup dengan roti....
Sempat lagi tu....sekali sekala nak romantik juga...Itulah makanan malam kami untuk hari ini.

Saturday, June 2, 2012
Majlis pertunangan Jijie Mak Long.....
Hari ini pergi meminang untuk anak saudara, GG ke Temerloh Jaya, Temerloh. Ini di antara hantaran2 yang di beri dari pihak lelaki.
Bergambar di luar rumah sebelum upacara meminang dan bertunang....
Pak Long sedang berbincang sesuatu dengan bapa bakal menantu GG.
Si Ibu menyarungkan cincin di jari manis bakal menantu.
Bergambar bersama tunangan GG bersama Mak Su ,Mak Long, Ijah, Omeh dan Atiq.
Inilah wajah kedua bakal pengantin, GG bersama tunangnya, Tiqa.

Subscribe to:
Posts (Atom)