Followers

Tuesday, March 20, 2012

Singgah sejenak di Dubai......

Sebelum berlepas ke KL dari Geneva, kami singgah di Dubai.....
Di sini terdapat banyak makanan dari timur tengah seperti berbagai2 jenis buah kurma dan kekacang. Harganya juga berpatutan.

Sempat bergambar dengan "seekor unta tembaga"... Yang menariknya, selepas sahaja saya mengambil gambar bersama "unta" ini....ada yang datang untuk mengambil gambar juga.
Ha ha ha....lucu betul...

Sempat makan di Mc Donald, Dubai tapi sos cili kena minta lain. Kalau tak minta, alamatnya mereka akan beri bersama sos tomato sahaja. Itulah pengalaman makan McD di sini.....

Semuga berjumpa lagi....

Friday, March 16, 2012

Bersantai di Geneva, Switzerland.....

Penerbangan ke Geneva dari Barcelona berjalan lancar. Sedang menuju tempat mengambil bagasi.

Cuaca lagi sejuk dari Spain.... agak2 nya masa ni sudah mencecah - kot.....

Keluar dari bangunan, terus terasa kesejukan....bersama stokis Pasir Putih, Lin.

Bershopping sambil menjamu mata... Jam buatan swiss sangat terkenal di sini. Tapi tak beli pun.... nak beli chocolate di sini sangat murah cuma tak pasti halal haramnya....

Dari dalam kapal terbang selepas berlepas dari Geneva, kelihatan salji masih tebal di sana sini di Switzerland.

Selamat tinggal....

Wednesday, March 14, 2012

Monserrat, Barcelona.......sejuknya......

Monserrat terletak di Catalonia. Tempat ini sangat popular untuk melihat keindahan pemandangan ketika matahari naik. Ianya adalah "highest point of the Catalan lowlands".

Dalam perjalanan menaiki Mountain Monserrat, kelihatan sebuah bandar kecil...

Aduh!!! curamnya.... lagi 9 km ke Monserrat.... Bas yang kami naiki selamba je membeluk... seram juga...

Akhirnya sampai ke kemuncak....

Sisa2 salji dan air batu masih kelihatan di sepanjang perjalanan ini.

Tenguk saljinya bertaburan di sepanjang perjalanan...

Salji yang sudah bertukar menjadi air batu memang sangat licin. Aduh! sakit juga terjatuh terpijak ...

Wah! cantiknya keindahan musim sejuk dengan saljinya membentuk air batu yang menarik.

Sejuknya.......

Inilah kenangan manis yang tidak akan dapat dilupakan apabila berada di bumi Spain ini.....
Sekarang sedang mengejar target untuk ke Korea pula bulan September ini...... Semuga berjaya. Farah akan ke Hanoi bulan November nanti.....

Berjumpa lagi...

Monday, March 5, 2012

Lamp barbecue in Spain.......

Di sinilah tempat kami makan malam iaitu di Asador. Ianya sebuah rumah di ubahsuai menjadi sebuah restoran yang dihiasi dengan ukiran2 yang sangat menarik. Sebut saja Asador, pasti mereka akan terpegun dengan keenakan daging kambingnya...

Hidangan pertama, seperti biasa salad...... bukan kegemaran saya....

Wow!!!!! tengok daging kambingnya.... Nak tau tak??? ini adalah hidangan untuk seorang. Bayangkanlah macamane nak habis uu....... Jadi kami pun minta mereka meletakkan cuma satu sahaja di atas meja kami berenam.....


Kemudian di hidangkan pula daging yang dibakar pula. Mmm...mmg sedap.

Ini ialah "desert"nya..... sangat rangup bersama krim. Di atasnya ditabur gula.

Inilah Asador. Sempat juga bergambar dalam keadaan kesejukan malam....

Sedang menaiki tangga untuk ke ruang makan....Dapat melihat ukiran2 yang cantik di dinding dan tangganya.


Pandangan dari tepi Asador. Sungguh indah dengan cahaya lampu2 nya......

Sempat bergambar dengan Mr David Wong dan isteri yang turut hadir.

Hadiah kepada kami iaitu 2 hati berwarna pink..... Ha ha ha... mesti Farah nak yang ini......Di atasnya adalah serunding yang dibawa dari Msia... tak boleh tinggal tu.........


2 hati menjadi satu....... Tapi satu hati lagi tertinggal di Msia iaitu suami yang tersayang... He he he...

Inilah kenangan makan malam yang sungguh lazat bersama Tupperware. Bilalah lagi boleh pergi ke sana.

Esok kami akan ke Monserrat main salji ......


Wednesday, February 29, 2012

Bullet Train for the second time......Madrid to Barcelona

Selamat tinggal Madrid.... Barcelona..here i come. Menaiki keretapi laju dari AVE station di Madrid.

Kali pertama menaiki keretapi laju ini ialah semasa melawat Beijing, China dulu.

Tempat duduk yang selesa. Tandas yang bersih serta perjalanan yang singkat. Sepatutnya perjalanan dengan bas memakan masa hampir sembilan jam. Tetapi dengan keretapi ini cuma 3 jam sahaja.

Ini di antara satu gerabak dengan satu gerabak. Berbentuk melengkung itu ialah tandas.

Wow!!! tak sangka... sudah mencecah 310 km/jam. Couch B ini ialah khas untuk pelancong. Jadi kami tidak bersesak sesak dengan penumpang tempatan di sana.

Sampai di Barcelona, cuaca sejuk. Kami dibawa untuk makan tengahari di Els Porsos. Di sini kami makan soup kentang yang sedap.

Selepas makan, kami melawat Plaza de Catalunya, Park Guell dan Sagrada Familia.

Ini di antara pemandangan dan bangunan di Park Guell yang terletak di atas bukit El Carmel di Gracia, Catalonia.

Taman ini juga adalah di bawah UNESCO World Heritage Site. Rata2 banyak pokok zaitun di tanam di sini. Tak hairanlah Spain pengeluar utama zaitun dunia.

Gereja ini dimulakan pembinaan dari 1882 dan sampai sekarang masih dalam pembinaan. Paling menarik ianya mempunyai "spindle-shaped towers".

Kami menetap di Hotel NH Constanza, Barcelona. Sampai di hotel lbh kurang 5.30 ptg. Cukup masa untuk kami menunaikan solat jamak zohor dan azar di hotel sebelum kami keluar semula untuk makan malam di Asador .

Wah!! tak sabar nak makan daging kambing yang enak di sana...... Tunggu......

Sunday, February 26, 2012

Spanish Trail in Madrid City.....

Setelah diberi sedikit taklimat di lobby hotel, kami memulakan perjalanan kami ...

Dari hotel kami mencari subway untuk menaiki 2 "train" yang akan membawa kami ke " clue" yang pertama.

Di "clue" yang pertama ini, kami diberi "Tupperware" yang berisi dengan buah2 an segar.

Di " clue" yang berikut ini, kami dapat beberapa bahagian2 Tupperware........Akhirnya sampai di "clue" yang terakhir. Kami berbangga kerana menjadi kumpulan yang terakhir sampai. Ha ha ha...apa tidaknya...orang lain habiskan dulu "clue2" yang diberi, tapi kami berjalan shopping sakan dulu.


Selepas itu, kami sambung dengan agenda shopping lagi...... sebelum kami menaiki semula 2 "train" yang akan membawa kami ke Santiago Bernabeu Stadium - Real Madrid bermain.....

Di sini kami di beri bahagian akhir Tupperware tersebut iaitu tutupnya..... Wah! jadi macam budak2 pulak. Sekali sekala seronok juga tapi tersangat letih....

Balik di hotel petang sekejap intuk berehat dan bertolak semula ke La Posta Real. Di sini kami diberi latihan menari "Flaminco dance" selama 2 jam (c untuk g). Kita sebut " flamingo".

Banyak hadiah menanti kami di meja makan.....tapi yang bestnya di sini dapat merasa makanan asal org tempatan di sebut "paella". seperti biasa sebutannya ( ll untuk y) nasi paeya.

Inilah nasi paeya yang kami makan. Sungguh sedap nasi bercampur sayur2 an dan rempah ini..... ..........Lebih kurang macam nasi arab pula rasanya ......

Inilah pelayan yang menghidangkan nasi kepada kami. Pandai berlawak juga orangnya dan sungguh peramah....

Esok kami akan menaiki "bullet train" ke Barcelona.....Tunggu.....

Friday, February 24, 2012

Toledo ....Bahagian 2

Bertemu kembali. Setelah perut diisi di Restaurant AlFonso@Muslim Food, Kami berlepas ke Las Rozas Village. Ianya sebuah "outlet shopping" berjenama terbesar di sini yg terletak 2 setengah jam dari Toledo. Di sini terdapat lebih 50 buah kedai berjenama "spanish " dan "international".


Semasa kami sampai di sini, ia menawarkan offer sempena musim sejuk ini sehingga diskaun 60%.

Berbagai2 jenama seperti Timberland , Gucci, CK dan lain2. Tetapi paling murah ialah di CK.

Kami di sana sehingga lewat petang. Cuaca semakin sejuk. Kami sempat mengerjakan solat zohor dan azar di kawasan ini kerana selepas ini akan terus ke tempat "dinner".

Inilah kawasan parking tempat shopping ini. Terlalu luas dan besar sehingga sepetang pun tak boleh habis "melawat" nya.

Selamat tinggal Las Rozas Village....entah bilalah boleh sampai ke sini semula.....

Inilah tempat kami akan menjamu selera malam ini...Palacio De Maison......

Wah!!!!! makan malam dengan hidangan ikan.....manalah nak dapat nasi ni.....

Ini semacam acarnya...atas sekali udang yang dicelur.... memang tak boleh masuk langsung. Tengok je lah.....

Ini bahagian best....sebanyak2 hidangan tadi, cuma makan roti dengan sambal bilis yang dibawa dari Malaysia sahaja. Paling best dapat "gift" dari Mr David Wong.

Esoknya kami akan memasuki "Tressure Hunt" menjelajah Madrid dengan Keretapi "Subway". Tunggu.......