Followers

Tuesday, July 12, 2011

Santai...meniru gaya patung....



BERSIH masih hebat diperbincangkan lagi. Mana2 pergi, mereka bercerita mengenai BERSIH. Yang paling top story di Temerloh ialah cerita mengenai seorang pemuda yang mula menjadi popular akibat gambarnya diperkatakan memegang pisau dipertontonkan di muka2 depan akhbar di Malaysia. Walhal dia memegang bendera malaysia dan menutup sebahgian muka kerana mengelak dari asap....

Saya pun berpeluang melihat sendiri gambar ori tersebut....Apa nak jadi ni?????....Apa2 pun kehidupan mesti diteruskan. Pihak2 yang terlibat harus mengambil ikhtibar dari peristiwa yang berlaku.

Ok..Kita bersantai sebentar.... Semasa pergi ke Vietnam dulu, aksi ini dirakamkan. Semua orang memandang kami kerana berpost seperti ini. Tetapi bila sudah di jadikan potret, ianya menjadi unik. Bila kami tunjukkan gambar ini, mereka berkata kenapa mereka tidak berbuat demikian juga. He he he......itulah keunikan gambar ini.....

Lagi satu, sesiapa berminat untuk membeli rumah seperti tertera di sebelah, sila hubungi kami. Rumah itu di Taman TTDI Jaya. Rasa2 kami tidak akan berpindah balik ke sana. Lebih selesa tinggal di Temerloh setakat ini.

Selamat beristirehat dan berjumpa lagi....



Saturday, July 9, 2011

OPERASI BERSIH


Hari ini, operasi bersih bagi membersihkan di kawasan luar rumah telah dijayakan dengan lancarnya. Semua kasut-kasut yang tidak digunakan telah dibersihkan dari tempat kasut yang telah penuh.

Wah! hebat betul bunyinya kali ini. Bercerita tentang BERSIH semalam, saya mengikutinya dari pagi hingga ke malam. Itulah peristiwa yang secara tidak langsung akan mengubah sistem kerajaan Malaysia.

Pihak kerajaan perlu mengkaji keseluruhan sistem yang diguna-pakai supaya telus dan dapat diterima semula oleh rakyat yang mahukan pembaharuan serta merta. Kepincangan yang berlaku di dalam sistem sekarang menguntungkan pihak-pihak tertentu sahaja. Rakyat jelata sudah nampak dengan jelas tetapi tidak boleh berbuat apa-apa.

Wahai pemerintah yang telah diamanahkan, jalankanlah tugas kamu. Ingat akan balasan Allah jika tidak berlaku adil kepada rakyat.

Hari ini bersemangat sungguh!!!! Baru nak berlatih berpidato pulak ni....Letih juga membersihkan rumah. Bulan puasa tak perlu buat kerja yang berat-berat.....Berjumpa lagi...

Thursday, July 7, 2011

Kenduri durian .....

Wow!!! durian kegemaranku... Inilah di antara 2 guni yang dibawa pulang suamiku malam tadi.

Isinya ada 2 jenis. Satu berwarna putih dan satu lagi berwarna kuning. Semuanya manis, besar dan isinya tebal . Mmmm.... sedapnya......

Sekarang ni ada 8 org semuanya di rumah. Sekejap je buka sebiji, selesai.... Lagi sebiji selesai....Don't worry Dila... nanti balik 2.8.11, insyaallah abah dah tempah pada tuan punya dusun durian tu.....Kali ini memang sangat berpuas hati kerana dapat makan durian dari dusun durian dan isinya sangat elok. Yang bestnya susah nak cari yang kurang elok....bukan apa, ingat nak buat tempoyak sendiri.

Tengok si Fahmi ni....lepas satu, satu dia pulun.....Makanlah.....rezeki kita malam ni dapat makan durian best. Berjumpa lagi....


Saturday, July 2, 2011

Fahmi ke Majlis Wacana Kecermelangan Pendidikan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Pahang Kali ke 10.

Sudah 3 kali N3 mengenai masakan. Kali ini ingin bercerita mengenai anak yang ke 5 ,Fahmi bersama rombongan Sekolah Men Agama Al Khairiah Temerloh ke Kuantan sebagai Penerima Anugerah Wacana Kecemerlangan Pendidikan dalam Sijil Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011 di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan pada 2.7.11.

Ini adalah majlis makan malam bersama MB Pahang. Majlis makan malam ini sebelum penyampaian hadiah pelajar cemerlang. Alhamdulillah Sek al Khairiah Temerloh paling ramai mengeluarkan pelajar cemerlang 9A untuk PMR.


Satu meja seramai 10 orang pelajar . Sebelum makanan dihidangkan, sempat bergambar bersama rakan. Kebetulan rakannya ini adalah rakan semasa bertanding peringkat hafazan negeri Pahang semasa tingkatan satu dulu. Beliau adalah pelajar dari Sek Men Agama al-Ehsan, Kuantan.



Inilah di antara makanan yang dihidangkan . Selesai majlis lebih kurang 11.00 malam, mereka bertolak pulang ke Temerloh. Fahmi sampai ke Temerloh lebih kurang pukul 12.30 malam.

Abahnya pula ke Kelang untuk mengambil Faiz yang baru selesai Pre Medic di UITM selama 5 minggu dan Farah yang baru habis short sem. di UIA. Sebenarnya Faiz sudah selesai Jumaat lagi tapi terpaksa tinggal dulu di rumah PakLongnya di Meru .

Emaknya pula(hem...hem... sayalah tu...) terpaksa menguruskan adik2nya Fahmi yang bersekolah hari Sabtu dan tuisyen pada hari ahadnya. Begitulah kisahnya hujung minggu ini.. Berjumpa lagi....

Thursday, June 30, 2011

Nasi kerabu kegemaranku.....

Hari ini nak masak nasi kerabu pula dah....Kebetulan nasi kerabu kegemaran dari kecil lagi. Dulu arwah mak selalu memasak nasi kerabu . Selesai sahaja sembahyang subuh, arwah ayah akan terus ke dapur untuk sarapan pagi. Bayangkanlah pukul berapa arwah mak ke dapur untuk menyediakan sarapan..... Itulah kenangan nasi kerabu.....

Nasi kerabu tidak lengkap kalau takde ikan goreng bertepung atau daging dan ayam bakar.

Tambahan udang bertepung memang lagi menyelerakan. Mmm.....tak sabar nak makan nih...

Sambal yang digoreng dan dicampurkan budu dan santan. Budulah yang membezakan sambal nasi kerabu ini....

Ini pula kelapa yang digoreng dan dicampur dengan ikan serta bawang.

Ulam2an terdiri dari daun ceylom, serai kayu, timun dan kacang panjang. Kami tidak berapa suka dengan bau bunga kantan dan daun kesom, maka tidak perlu diletakkan sekali.
Akhir sekali.... is makan time.... selamat menjamu selera...


Monday, June 27, 2011

Nasi dagang berkari ikan tongkol...

Setiap hari kena buat menu.... Sudah tak tahu nak masak apa hari ini. Baru teringat, dah lama tak makan nasi dagang...

Nasinya ala-ala rekaan sendiri sebabnya, anak tak berapa suka halba. Jadi cuma letak sekadar baunya sahaja bersama hirisan halia dan bawang serta sedikit sahaja santan. Resepi sendiri...Inilah nasi dagang iaitu campuran beras pulut dan beras biasa.

Kari ikan tongkol yang pekat bersama hirisan lada. Saya suka guna ikan tongkol berwarna putih lebih lembut isinya.

Anak saya tak berapa suka makan ikan tongkol, jadinya kenalah goreng ayam berempah untuk mereka.

Sedikit ulam dipotong kecil2 bersama tomato. Malas nak keluar lagi ke kedai membeli daun salad. Tinggallah timun dan tomato sahaja. Jadilah....

Inilah penyedapnya.... sambal cuka cili padi bersama sedikit bawang. Sambalnya boleh disimpan lama kerana direndam dengan cuka sahaja.

Mmmm.... dah kenyang makan . Selamat menjamu selera....


Saturday, June 25, 2011

Makan malam yang simple....

Inilah makan malam semalam. Masakan tengahari sudah habis. Malas nak masak nasi. Pisang ada. Mee kuning pun ada. Petang , abg bawa balik seekor ayam golek .....

Seekor ayam golek sekarang berharga RM20. Wow! mahalnya.... sosnya sedap.

Inilah martabak pisang , resepi arwah mak mertua. Berpeluh juga mencanai tepungnya di atas meja. Kemudian diletakkan pisang yang dipotong bersama sedikit gula di tengah2. Akhirnya di lipatkan dan di masak.

Ini paling favourite... mee goreng basah. Goreng sebungkus pun dah dapat sebanyak ini.....
Apa lagi makanlah sampai kenyang... Mula2 ayam golek seekor, kemudian mee dan akhirnya martabak pisang. Habis baru minum air kosong.

Aduh!!! kenyangnya malam ini. Sekali makan habis semua.....Hilang berpeluh menebar martabak tadi bila semua habis.....Alhamdulillah....Jumpa lagi...


Saturday, June 18, 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Temerloh Tahun 2011

Pada 18 hb Jun 2011, telah dijemput sebagai guru2 bersara di Dewan Ibnu Sina SMK Seri Tualang. Ada seramai 34 org semuanya guru2 yang bersara pada tahun ini di daerah Temerloh.

Kami di iringgi oleh guru2 masuk ke dewan. Wah seperti YB pulak dah... Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Saifuddin b Abdullah. Inilah sumbangan PPD Temerloh...

Wah.... panjangnya Datuk Saifuddin berucap dan merasmikan majlis ini. Biasalah.....pilihanraya sudah hampir.....

Bacaan ikrar guru-guru daerah Temerloh. Kami sekadar berdiri saja. Terdengar ada seorang guru lelaki di depan saya berbisik.... Eh! kita ni kena angkat tangan juga ke? dah pencen kan???
Tergelak juga kami kat belakang.....

Inilah sebahgian dari guru2 bersara tersebut. Semuanya bersara umur 56 dan 58. Saya sahaja seorang yang bersara umur 48.

Masa makan!!!!! Kami ditempatkan di meja bulat bersama YB dan guru2 besar serta tetamu2 kehormat yang lain.

Kami dilayan seperti VVIP.... makanan di depan mata... apa lagi...makan je lah.....

Mane nak habis lauk yang banyak ni!!!. Makan nasi beriani dengan daging rendang, ayam berempah, dalca dan acar masak...

Inilah pas masuk dilekatkan di kereta. Kami boleh membawa kereta hingga ke tempat di tepi dewan. Manakala yang lain kena parking nun jauh di bawah. Kena jalan kaki naik atas.. jauh juga tu.......


Sumbangan PPD Temerloh kepada guru2 bersara pada tahun 2011. Dapatlah buat sepasang baju kurung koleksi masing2 untuk raya tahun ini... insyaallah....

Seronok juga dapat penghargaan ini. Tahun depan dah tiada......Ok berjumpa lagi....


Monday, June 13, 2011

shop shop shop......till drop....

wah!!! dah siap sedia untuk pergi shopping nampaknya ......dah tak sabar rasanya. Maklumlah sebelum ni berjalan sakan sekitar Saigon dan Sg Mekong.

Inilah hotel yang kami tinggal selama 4 malam. Betul2 berdekatan dengan Ben Thanh Market, pusat membeli belah kepada pelancung yang datang ke sini.

Di belakang tu lah namanya Ben Thanh Market yang terkenal itu. Di lorong2 inilah Night Market.

Sedang memilih t shirt, kelihatan jg pelancung dari US ini sedang membeli t shirt jg. Dia menegur kami kerana pandai menawar harga. Tengoklah siapa bosnya......He he he.....angkat bakul sendirilah.

Di sini memang terkenal dengan kasutnya murah dan berpatutan. Mula2 beli 2 pasang, malam esoknya beli lagi 3 pasang. Untuk anak2.....kebetulan Fahmi ikut, dialah yang pilihkan untuk kakak, abang dan adik2nya....

Ini salah sebuah kedai yang menjual cenderahati2 seperti keychain, pinggan2 perhiasan, cermin dan sebagainya.

Ini pula kedai menjual berbagai2 jenis alas meja, kusyen dan cadar serta sarung bantal. Tapi di sini tidak sebanyak pilihan seperti di Beijing, China.

Inilah buah2buahan yang terdapat di sini. Buah longannya yang paling terkenal. Buah cikunya juga sungguh besar dan manis sekali... Setiap hari makan buah2 buahannya. Nak bawa balik takut pula rosak.

Inilah gambar2 yang dapat saya kongsikan bersama sempena lawatan ke Vietnam bersama Fahmi. Berjumpa lagi....


Saturday, June 11, 2011

sebuah masjid di bandar Saigon....

Di tangga masuk ke sebuah masjid di bandar ini. Kami sampai waktu pagi. Kelihatan mereka menjalankan aktiviti membersihkan masjid dan yang perempuan kelihatan sedang memasak. Agak2nya mereka ini ada pertalian darah di antara satu sama lain. Mereka tidak boleh bercakap bahasa melayu seperti penjual2 di Pasar Ben Thanh.


Fahmi berbual dengan seorang dari Afrika yang sedang beriqtikaf di dalam masjid. Menurut kata beliau suka datang ke masjid ini setiap pagi semasa berada di sini..

Inilah ruang tempat bersembahyang. Ruangnya tidak begitu luas tetapi penuh karpet di dalamnya.

Apa yang dilihat oleh Fahmi tu.... mungkin melihat lambang bulan dan bintang di atas tu agaknya......
Mula2 mau bergambar bersama perempuan berbaju biru itu, tiba2 datanglah pula nenek dan datuk perempuan itu . Maka terjadilah gambar ini.

Wednesday, June 8, 2011

Makan time......

Sebelum menaiki kapal terbang ke Vietnam, makan dulu di restoran di lapangan terbang. Harga??? memang lah sangat mahal. Sepinggan nasi lemak berharga 13.50 dan air milo 7.50. Tapi nak tunggu naik kapalterbang pukul 12.30 baru check in....

Tengok tu.... maksu dan maklong... makan lagi dalam kapalterbang. Maklong tak mau gambarnya diambil.......Fahmi pun tak mau ketinggalan. Orderlah....ibu bayar.....

Wah!!!!!! sudah licin....kenapa tak tak tinggalkan sikit untuk ibu??????

Sarapan pagi di hotel setiap pagi dilayan oleh 3 org wanita vietnam ini....sungguh peramah dan mesra.

Tengok maklongnya.... nak makan pun main peluk2 dengan fahmi....minum kopi vietnam...sedap....

Ini waktu makan tengahari dan makan malam di restoran halal di sini. Mmm... sedapnya air tu....

Membaca doa sebelum makan. Ini adalah makan malam pertama di restoran itu.

Sebelum makanan dihidangkan, sempat berposing lagi. Kamera sentiasa di tangan.. He he he....

Inilah pintu masuk ke restoran halal melayu-champa itu. Sesiapa ke sini, memang bertumpu ke sini. Kadang2 penuh sehingga terpaksa menunggu giliran. Tapi memang sudah booked tempat jadi tidak perlu menunggu. Cuma datang pada waktu yang ditetapkan sahaja.

Inilah gambaran dari luar restoran yang terkenal itu. Siap jual ais krim lagi... yummy...yummy....

Itulah al kisahnya tentang makan makan makan time. Jumpa lagi....