Followers
Sunday, May 8, 2011
Kenduri Nasi Arab Kambing Bahagian 2
Saturday, May 7, 2011
Hidangan Nasi Arab bersama daging kambing oleh Chef Arshad......
Hai... bila nak habis ini.... kami kaum perempuan pula nak juga... Terima kasih kepada Kak Mah di Kelang, Adik Norma di KL, Abang Nasir di Kuantan dan Adik Nazri di Kelantan yang sudi menerima jemputan ini.
Insyaallah kita berjumpa lagi di bahagian kedua nanti.
Wednesday, April 27, 2011
Conterence Asia Pacific di Wukesong Indoor Stadium
Itulah sehari suntuk berada di Stadium Wukesong. Yang seronoknya, terdapat kemudahan surau disediakan untuk penonton beragama Islam.
Berjumpa di lain masa.....
Monday, April 25, 2011
Pergi ke Stadium Sarang Burung di Beijing.
Tuesday, April 19, 2011
Salji selama beberapa minit di Tembok Besar China
Itulah pengalaman saya di China bahagian pertama ini. Jumpa pula di lain masa.
Sunday, April 10, 2011
Berita gembira sebelum ke China
Alhamdulillah , syukur kehandrat Illahi, Muhammad Faiz yang menuntut di UITM Puncak Alam mendapat keputusan yang sangat cemerlang. Dia mendapat 4 flat. Cita2nya untuk bidang perubatan di UITM.
Inilah berita gembira sebelun berangkat ke China!!!!!! Ok. tak boleh lama2 sangat ni, masih banyak perkara perlu diselesaikan sebelum berangkat. Farah pun sedang berjuang untuk paper yang terakhir semester ini di UIA hari ini. Ptg ni baru berangkat bersama Farah ke KLIA.
Ya Allah, kami berlindung kepadaMu...
Tupperware trip to China.
Esok akan berangkat ke KLIA untuk ke Beijing bersama anak , Farah, Kami akan berada di sana sehingga 18.4.11.
Malam ini baru ada peluang untuk mengemas barang2 yang perlu dibawa. Katanya cuaca sejuk sehingga 5 darjah.
Semuga Allah selamatkan perjalanan kami pergi dan kembali. Semua keperluan2 suami dan anak2 sudah dibuat. Semuga semuanya berjalan dengan baik. Jadual2 persekolahan dan tuisyen telah diserahkan kepada Faiz untuk monitor adik2nya.
Jumpa lagi.
Saturday, April 2, 2011
Alhamdulillah..... rezekiku

Semalam 2.4.11, hari paling sibuk . Maklumlah kawan-kawanku sudah dapat gaji dan datang ke rumah mengambil Tupperware yang dipesan.
Pagi-pagi lagi tak putus-putus, mengunjunggi rumahku untuk mendapatkan katalog baru Tupperware dan membeli Tupperware. Memang meletihkan tetapi begitu seronok. Semuga keadaan ini akan berlanjutan. Katalog baru ini pun banyak barangan keluaran baru dan sangat sesuai untuk membuat hadiah terutama sempena hari Guru bln Mei ini.
Inilah duniaku sekarang. Melayan setiap kerenah pelangan-pelangan yg datang samada untuk menukar yang lama dan membeli yang baru...Yang paling seronok bulan ini, ada botol susu baru (gambar di atas) untuk ibu-ibu yang mempunyai anak kecil. Tupperware dijamin tidak mempunyai bahan-bahan yang bahaya, boleh direbus dan boleh diguna sampai bila-bila. Paling best bila ada kerosakan semulajadi kerana lama digunakan boleh ditukar secara PERCUMA.
Selamat membeli....
Wednesday, March 30, 2011
Sarang Burung Tempua.
Ada 2 jenis bentuk sarang yang terdapat di pohon ini. Satu yang berbentuk hampir bulat adalah yang dibina oleh tempua jantan . Manakala yang panjang sikit dan ada ekor merupakan sarang burung tempua betina.
Setiap hari, kedengaran bunyi tempua2 ini berterbangan di sarang2 nya. Sungguh mengasyikkan apabila dapat menyaksikan gelagat burung2 ini.
Hari ini, dah hilang satu sarang, begitulah sikap kita yang tak bertanggung jawap mencuri tempat tinggal burung ini untuk dibuat perhiasan di halaman rumah. Sungguh kasihan....
Tuesday, March 22, 2011
Balik kampung ..........
Semangatnya kuat. Hatinya rosak, hempedunya sudah dibuang, buah pinggangnya sebelah mengechut, manakala sebelah lagi ada batu, perutnya membesar kerana ada ketumbuhan. Baru2 ini pula disahkan mengidap kencing manis. Doktor tidak boleh berbuat apa2 lagi, nak bedah, kesihatannya tidak mengizinkan. Itu pun sudah 2 kali dia menjalani pembedahan di perut.
Allah...kalau nak diceritakan terlalu sedih. Saya bersimpati di atas keadaan adik ipar. Walau bagaimanapun adik saya iaitu suaminya cukup setia menguruskan hal anak2 dan isterinya dengan begitu sabar walau dalam keadaan serba kekurangan.
Semuga Allah memberi pertolongan dan petunjuk kepada keluarganya. Amin. Amin Amin.
Saturday, March 12, 2011
Bunga Burung.
Inilah gambar pokok bunga burung di tepi air terjun. Batang pokok ini baru dicantas untuk disemai menjadi anak-anak pokok.
Setelah beberapa lama, baru keluar bentuk burung di antara kelopak2 itu. Betul2 menyerupai seekor burung, lengkap kepala, badan dan ekornya.
Dengar cerita orang2 cina suka menanam pokok bunga burung ini. Inilah di antara bukti Allah itu Maha Kaya. Harap2 anak2 pokok burung ini akan dapat dialihkan ke dalam pasu dalam masa yang terdekat.Saya sangat suka melihat pokok2 hijau di taman rumahku. Ia dapat menenangkan fikiran buat seketika setelah penat dengan tugas2 seharian.
Berjumpa lagi......
Tuesday, March 8, 2011
Suasana damai dan airterjunku.
Masuk 3 bulan, mendapat pencen..... Banyak masa dihabiskan dengan mengemas rumah dan menguruskan anak-anak. Terasa sunyi sikit dengan kepulangan NurFadhilah ke Mesir baru-baru ini. Ah! hidup perlu diteruskan. Begitu lah lumrahnya....
Pagi2 balik dari menghantar anak - anak ke sekolah, duduk sekejap di taman tepi rumah. Alangkah sejuknya mata memandang air terjun sambil mendengar air terjun mengalir...
Di tepi air terjun, terdapat pokok-pokok anggur menjalar. Entah bilalah anggur ni akan berbuah semula. Mungkin dah merajuk kerana di alih pasu oleh suami untuk menyusun lebih rapi kedudukan pokok-pokok sekitar air terjun ini.
Di kolam air terjun terdapat ikan-ikan karp jepun yang sibuk ke hulu dan ke hilir. Memang seronok melihat ikan-ikan ini sambil memberi mereka' makan pagi'. Ops! tak boleh lama-lama... kerja rumah sudah menanti . Jumpa lagi.
Di tepi air terjun, terdapat pokok-pokok anggur menjalar. Entah bilalah anggur ni akan berbuah semula. Mungkin dah merajuk kerana di alih pasu oleh suami untuk menyusun lebih rapi kedudukan pokok-pokok sekitar air terjun ini.
Di kolam air terjun terdapat ikan-ikan karp jepun yang sibuk ke hulu dan ke hilir. Memang seronok melihat ikan-ikan ini sambil memberi mereka' makan pagi'. Ops! tak boleh lama-lama... kerja rumah sudah menanti . Jumpa lagi. Friday, March 4, 2011
NurFadhilah sudah kembali ke Mesir
Pada 28.2.11, kami menghantar NurFadhilah ke KLIA. Dia akan menaiki kapalterbang pada 6.45 pagi isnin. Kami perlu menghantarnya sebelum pukul 3.00 kerana group ini perlu mendengar sedikit taklimat dari AQ.
Setelah selesai 'check in' bagasinya, kami terpaksa segera bertolak ke Temerloh kerana perlu sampai sebelum waktu persekolahan 3 orang adiknya bermula.
Tepat pukul 4.30 pagi, kami bertolak pulang ke Temerloh meninggalkan NurFadhilah bersama rakan-rakannya menunggu waktu untuk berlepas ke Mesir. Kali ini mereka menaiki Oman Air dan akan transit di Oman dan terus ke Kaherah, Mesir.Selamat meneruskan pengajian di Universiti Al Azhar. Semuga dapat belajar dengan bersungguh-sungguh dan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)
