Followers

Monday, February 21, 2011

Persiapan pulang ke Mesir.



Persiapan untuk membeli barang2 keperluan yang penting untuk Dila seperti biasa.... Kali ini dia boleh membawa 20 kg sahaja. Oleh kerana Dila tidak membawa bag bagasinya semasa pulang dulu, maka brg2 keperluan akan diisikan ke dalam sebuah kotak.

Insyaallah, Dila akan menaiki kapalterbang Oman pada 28.2.11. Dia akan menaiki kapalterbang bersama 4 org lg ahli rumah sewanya dikendalikan oleh AQ yang bertanggungjawab menguruskan pengangkutan dan makanan mereka dari Cairo Airport ke rumah sewa mereka.

Baru2 ini, mamanya di Mesir iaitu tuan punya rumah sewa Dila, menelefon dari sana bertanyakan pasal sewa rumah untuk bulan 2 dan 3. Jadi, mereka mengumpulkan duit seorg RM300.00 x 6 . Jumlah semua RM 1,800.00 untuk sewa bulan 2 dan 3 telah dimasukkan ke akaun mamanya minggu lepas. Mungkin mamanya kesempitan wang, maklumlah baru selesai krisis Mesir dan kewangan masih lagi tidak stabil.

Harap2 semua urusan berjalan lancar, insyaallah. Ya Allah, hanya padaMu kamu berserah. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan segala-galanya.....

Thursday, February 17, 2011

Mahalnya tiket kapalterbang ke Mesir......


Terkejut . Tiket kapat terbang sampai mencecah RM 1850.00 sehala ke Mesir? Tu pun dengan Oman Airline. Egypt Air dan Kuwait sudah penuh. Nak buat macamane?, terpaksa beli juga.

Kesiannya kepada pelajar2 msia yang tak mampu untuk membeli tiket... Tak tahu apalah nasib mereka.

Seharusnya mereka diberi bantuan atau pinjaman untuk mendapatkan tiket ke Mesir. Itulah di antara sebab mengapa ada pelajar2 Mesir yang tidak mengikuti misi Oops Pyramid. Mereka tahu mereka akan menghadapi masalah kewangan untuk pulang semula ke Mesir.....

Semuga mereka mendapat petunjuk dan bantuan segera...

Tuesday, February 15, 2011

Dah sibuk nak balik ke Mesir semula....


Mesir sudah kembali tenang... mudah2an berterusan. Pelajar2 Msia sudah merancang untuk balik semula ke Mesir bagi menyambung pembelajaran yang tergendala akibat krisis di Mesir.

Nurfadhilah sudah dihubungi oleh rakan2nya untuk membeli tiket balik ke Mesir hujung bulan ini. Mereka akan cuba untuk menghadiri kuliah di Universiti Al Azhar awal bulan Mac. Harap-harap segala yang dirancang berjalan dengan lancar.

Ya Allah, semuga keadaan di Mesir akan bertambah baik dari masa ke semasa. Pelajar2 Msia perlu kembali segera ke sana untuk menimba ilmu yang tak mungkin boleh didapati di tempat lain. Kami memohon kepada Mu.

Monday, February 7, 2011

Alhamdulillah , kami selamat sampai Temerloh pukul 2 ptg .

baru mendarat di KLIA...

khemah yg disediakan utk para ibubapa
yg menunggu di luar pagar

Setelah menunggu 2jam,
barulah kelihatan dila dan pelajar2 lain...

Nurfadhilah sampai ke KLIA pukul 9.45 pagi tadi. Kami sampai KLIA terus ke Kompleks Bunga Raya kerana diarahkan berkumpul di sana.

Punyalah lama tunggu Datuk Najib berucap dengan pelajar di dalam tu. Kami di luar menunggu dari pukul 10.00 sehingga 11.30, barulah kelihatan Datuk najib dan Rosmah keluar bersalam-salaman dengan ibu bapa pelajar. Kemudian barulah kelihatan pelajar2 keluar mendapatkan keluarga masing-masing.

Terpancar kegembiraan di wajah2 keluarga yang menanti...Ada yang menangis dan berpeluk2an.
Gambaran seperti menyambut jemaah haji yang baru pulang ke tanah air.

Terima kasih di atas sokongan dan doa dari saudara mara dan sahabat handai yang sering bertanya khabar mengenai anak di Mesir.

Sunday, February 6, 2011

NurFadhilah akan sampai KLIA pukul 9.45 pagi Isnin



Dah sah, Dhilah akan menaiki pesawat MAS petang ini waktu Jeddah. Di jangkakan sampai KLIA pukul 9.45 pagi Isnin.
Harap maklum.

Ya Allah, lindungi dan permudahkan penerbangan ini. Amin. Ibu akan bertolak pagi2 dari Temerloh dan akan menunggu di KLIA.

Saturday, February 5, 2011

Insyaallah, Dhilah akan menaiki kapalterbang ....



Baru sebentar tadi Dhilah memberitahu namanya tersenarai dalam penerbangan yang kedua. Alhamdulillah juga namanya tersenarai bersama2 dengan 5 orang ahli rumah sewanya.

Buat masa ini mereka diberi tiket sementara dulu. Mereka akan membuat perjumpaan malam ini untuk taklimat sebelum bertolak. Tunggu saja lah apa yang akan diberitau nanti.

Ya Allah permudahkan sagala urusan perjalanan mereka nanti. amin.

Friday, February 4, 2011

Dhilah oh dhilah...


NurFadhilah sudah pun sampai di Komplek Tabung Haji di Jeddah. Dia baru menelefon tadi mengatakan ada MAS tawarkan tiket balik berharga RM800.00 dari Jeddah ke KLIA.

Dia kata di situ mereka tidak dibenarkan keluar dari asrama berkenaan. Jadi bila masa makan, mereka makan. Bila letih mereka berehat. Adui! seronoklah macam tu Dhilah oi.... Tunggu je lah.

Kawan2nya di Kaherah semua sudah pun sampai di Jeddah. Cuma di Iskandariah sahaja.
Harap2, pihak kerajaaan msia menyegerakan proses menghantar pulang pelajar2 ke Msia.

Krisis di Mesir semakin bergolak kerana keengganan Hosni Mubarak untuk meletak jawatan. Harap2 krisis ini tidak berpanjangan.

Thursday, February 3, 2011

NurFadhilah sudah berada di Jeddah.



Alhamdulillah , setelah mengharungi berbagai dugaan, akhirnya sudah mendarat di Jeddah. Sekarang waktu di sana 5.30 pagi sedang menaiki bas menuju ke hostel tabung haji di Jeddah.

Semalam di Cairo Airport, kumpulan mereka sampai pagi-pagi lagi. Mereka bersarapan di Rumah Perak. Mereka menunggu dan dapat menaiki pesawat AirAsia sudah maghrib. Bayangkan perut mereka tanpa dapat bekalan air atau makanan lebih sepuluh jam. Sedih membaca sms dia.

Tapi dia berkata,"insyaallah Dhila cuba tahan". Sayunya...hati ini...Jadilah peristiwa ini sebagai pengalaman dan pengajaran kepada Dhilah supaya lebih berusaha bersungguh2 dan menjadi anak yang solehah, insyaallah.

Mereka diberi taklimat akan tinggal di Jeddah kemungkinan selama seminggu bergantung kepada keadaan di Mesir...

Begitulah rentetan peristiwa perjalanan seorang pelajar yang menuntut di Universiti AlAzhar, Kaherah. Semuga keadaan kembali aman di Mesir. Amin.

Fadhilah masih di Cairo Airport hampir 6 jam.


Fadhilah sudah bertolak dengan kawan2 ke Airport seawal pagi lagi. Sehingga sekarang iaitu pukul 4.00 petang masih lagi di situ.

Sebentar tadi sudah di suruh masuk, tetapi entah mcmane disuruh keluar semula . Itulah yang diberitahu Dhilah tadi.

Sepanjang perjalanan ke Airport, dia cakap ramai askar2 berkeliaran di jalan2 menuju ke airport. Di airport pula, terlalu ramai orang dan pelajar msia menunggu kapalterbang yang akan mengangkut mereka.

Sabarlah anakku, semuga selamat menaiki kapalterbang dan selamat sampai ke Jeddah. Ibu sentiasa berdoa kepada Allah semuga dipermudahkan perjalanan Dhilah. Amin.

Wednesday, February 2, 2011

Internet ke Mesir dah pulih. Dah On9 dengan Fadhilah tadi.



Alhamdulillah, dah boleh on9 dengan dhilah di Mesir. Walaupun kadang2 suara kurang jelas tetapi sudah memadai buat masa ini.

Mudah2 mudahan Hosni Mubarak segera turun tahta seperti yang dituntut oleh rakyat Mesir. Keadaan huru hara akan pulih dan kehidupan seperti biasa.

Pelajar2 kita sedang bersiap sedia menunggu kapal ke Jeddah. Universiti Azhar kemungkinan akan bercuti selama setahun. Dari Jeddah mereka tinggal sementara untuk dibawa pulang ke Msia dengan perbelanjaan sendiri.

Itulah yang diberitahu oleh Dhilah tadi. Malam nanti waktu di Mesir, fasa pertama dijalankan.
Dhilah kemungkinan berangkat pagi esok waktu Mesir. Semuga semua berjalan lancar.


Tuesday, February 1, 2011

Teringatkan Fadhilah di Kaherah, Mesir


Dah beberapa malam tak berapa lena tidur, teringatkan anak yang masih berada di Rumah Pahang di Kaherah. Dia seorang yang manja daripada adik beradik yang lain. Dia lah satu2 anak yang suka duduk berkepit dan duduk di riba abahnya...

Baru sebentar tadi menelefon dia. Dia baru bangun untuk mendirikan solat subuhnya. Di sana baru pukul 5.oo pagi.

Malam tadi, mereka baru diberitau yang proses pemindahan pelajar akan bermula bila2 masa saja. Ya Allah, selamatkan perjalanan mereka ke destinasi yang hendak dituju. Mereka berenam dari rumah sewa berpecah dua. Empat org tinggal di Rumah Perak dan Dila dan seorang lagi di Rumah Pahang.

Harap-harap kerajaan Msia bertindak segera. Negara2 lain sudah pun memulakan proses mengangkut rakyat ke negara masing-masing. Keadaan huru hara. Bekalan makanan sukar didapati kerana kedai dan pasaraya tutup. Bekalan air sudah dicatu.

Entahlah apa nasib pelajar-pelajar msia jika bantuan dari Malaysia lambat sampai. Tuhan saja yang Maha Mengetahui segala-galanya.....

Monday, January 31, 2011

Ya Allah, selamatkan anakku dan semua penuntut di Mesir.

Ya Allah, kami memohon perlindunganMu dari kesusahan. Permudahkan dan peliharalah keselamatan anakku NurFadhilah yang berada betul-betul di bandar Kaherah.

Baru 10 minit tadi, tepat pukul 7.30 malam di Malaysia. lbh kurang 1.30 petang di Kaherah, dapat berhubung dengan Fadhilah. Mereka berenam dibawa oleh Ustaz menuju ke Rumah Pahang, tempat penginapan pelajar2 Malaysia.

Di Rumah-rumah ini, mereka akan berkumpul dan menunggu arahan2 yang selanjutnya, Samada akan diterbangkan ke negara2 jiran atau seterusnya...

Betapa risaunya hati. Dua hari lepas Faghilah ada menelefon mengatakan mereka takut hendak keluar membeli barang2 keperluan di bandar Kaherah itu menjadi huru hara dengan askar, polis dan org2 awam yang berhimpun. Sambil menangis dia berkata , mereka berenam hanya duduk di dalam rumah sambil menonton tv dan makan bekalan2 yg ada saja.

Alhamdulillah . mereka sudah diambil dan dipindahkan ke Rumah Pahang yang lebih selamat berbanding dgn rumah sewa .

Tunggulah arahan yang selanjutnya oleh kedutaan Malaysia di Mesir. Doakan keselamatan mereka dan pengakhiran krisis yang melanda Mesir. Amin.

Selanjutnya sila klik di sini dan klik di sini.

Tuesday, January 18, 2011

kenangan lama melancung bersama anak-anak kecilku...



Sudah hampir 3 minggu diri ini bersara... Aktiviti2 harian berjalan seperti biasa. Masa begitu cepat berlalu. Hari ini, aku membuka album2 lama. Tiba2 pandanganku terhenti pada gambar di atas.

Bila diingat kembali kisah2 melancung bersama lima anak-anak kecil ku pada masa itu sungguh melucukan. Maklumlah, perbezaan antara mereka ada yang 1 atau 2 tahun saja. Memandu dari Temerloh ke Perlis. Tetapi di dalam perjalanan mcm2 peristiwa yang berlaku.

Anakku yang sulung, Muhammad firdaus memang suka mengusik adik2nya. Bising dengan gelaktawa dan tangisan mereka. Nurfarahayn pula, asyik2 muntah. Habis berbau dalam kereta. kena berhenti di stesen minyak untuk membasuh muntah2 tersebut. Hai... kelam kabut juga kami.

Akhirnya, sampai ke tempat yang dituju. Kami menyewa sebuah 'challet' di Pantai Kok Doh. Sekarang dah tak wujud , hotel2 besar mengambil alih tempat berkenaan. Bayangkan lah, bangun dari tidur terus ke pantai beberapa meter je dari penginapan kami. Dah letih mandi, makan di meja di bawah pokok kelapa itu... Seronok betul anak-anak kecilku.

Lepas itu, kami menyewa sebuah kereta untuk dipandu sekeliling Pulau Langkawi. Bila anak yang keenam dan ketujuh iaitu Muhammad Farhan dan Nurul Faizah ternampak gambar ini, mereka berdua berkata, bestnya....jomlah pergi bertujuh pula... Entahlah bila dapat peluang lagi...

Tuesday, January 11, 2011

Selamat tinggal Gigiku....pergiMu tiada ganti....


Semalam, pergi melawat doktor gigi. Doktor itu adalah kawanku juga. Dia berkata, tak perlu cabut gigi itu tapi boleh dibuat jambatan diantara gigi itu dan yang satu lagi. Tapi oleh kerana seksanya sakit gigi berkenaan, saya minta untuk dicabut jua.

Tamatlah riwayat gigiku pagi itu. Balik saja dirumah terus ke dapur untuk memasak untuk anak2ku yang akan pulang dari sekolah. Dalam pada itu pengaruh ubat bius sudah mula menghilang. Aduh! sakitnya... kesan dari cabutan gigi tadi. Terus memasak sambil air mata meleleh kerana menahan sakit.

Selesai saja memasak, terus makan ubat tahan sakit. Berehat sebentar dan tibalah masa untuk pergi menjemput anak2 dari sekolah. Kapas bertukar ganti. Banyaknya darah keluar...

Itu cerita semalam. Hari ini pula, berpuasa dari malam tadi kerana hendak mengambil darah untuk pemeriksaan kesihatan. Sudah 2 tahun tidak dibuat. Pagi2 lagi sudah ke klinik mengambil darah dan air kencing. Insyaallah 3 hari lagi dapat keputusannya.

Tunggu je lah....

Sunday, January 9, 2011

Aduh mak sakitnya, aduh mak sakitnya gigiku....


Sudah 2 hari, gigiku sakit. Mulalah lagu zaman kecik2 kedengaran di telingaku.

Aduh mak sakitnya, aduh mak sakitnya
Kan dari dulu mak bilang apa
Gosoklah gigi jangan dilupa
Gosoklah gigi , malam dan pagi
Gigi putih dan sihat, cantik manis dilihat.....

Itulah di antara senikata lagu kanak tersebut.

Tapi, gigiku sakit kerana tampalannya tercabut. Aduh! Nilunya gigi. Yang paling seksa semasa nak tidur malam. Macam2 ayat dah dibaca supaya lupa mengenai gigiku.... sampai terlena juga.

Itulah penyakit kita yang dah berumur ni.... gigi pun mula nak meninggalkan kita. Ini tak boleh jadi. Insyaallah, esok akan melawat doktor gigi. Kemungkinan dicabut atau ditampal semula.
Oh! gigi gerahamku.... jangan tinggalkan daku....

Ya Allah, ini baru sedikit cubaan yang Engkau turunkan kepada hambaMu.. Baru sakit gigi, belum lagi yang.......Ya Allah , kami berlindung kepadaMu.






Monday, January 3, 2011

Hari yang tenang......


Bertemu kembali. Sungguh tenang dan damai sekali kehidupanku sekarang ni. Pagi-pagi seperti biasa buatkan sarapan untuk 3 anakku yang akan ke sekolah. Setelah selesai menghantar anak-anak ke sekolah, singgah kedai membeli barang-barang dapur dan lauk yang hendak dimasak unutk makan tengahari.

Sampai di rumah, menyapu halaman rumah dan seterusnya mengemas rumah. Berehat sekejap sambil melihat stok-stok Tupperware dan mengemaskini. Ada pelanggan yang mengetahui bahawa saya sudah pencen, akan datang waktu ini. Tapi kebanyakkan mereka akan mengambil stok waktu petang.

Pukul 12.00 mula masuk ke dapur untuk memasak. Selesai masak berehat sebentar sambil menunggu waktu mengambil anak -anak dari sekolah. Tidak perlu lagi bergegas-gegas dari sekolah mengambil anak. Inilah waktu yang begitu ' flexible ' dan sangat damai. . .

Waktu petang adalah seperti hari-hari semasa saya masih mengajar dulu.... Saya rasa bertuah kerana dapat merasai nikmatnya hidup sebagai suri rumah tangga sepenuhnya. Alhamdulillah...

Saya berharap dapat menikmati anugerah ini dengan kesihatan yang baik dan mendapat kebahgiaan dan keredhaan dari Nya jua.. Insyaalah.

Thursday, December 30, 2010

01.01.2011 - bermulanya persaraanku dari seorang guru.


Sahabat-sahabat ku sibuk ke sekolah . Maklumlah, minggu ini biasanya mesyuarat guru kali pertama dijalankan. Selepas itu pula, mengutip duit yuran sekolah pula.

Tahun ini, terasa lain sikit. Aku tidak lagi terlibat. Baru aku sedar yang aku sudah di alam persaraan. Dah pencen katakan.... Tadi ke Sek Keb Jalan Bahagia untuk membayar yuran anak bongsuku Nurul faizah . Tahun 2011, dia akan mengambil UPSR.

Berjumpa dengan sahabatku yang mengajar di sekolah tersebut. Rata-rata mengucapkan tahniah kerana sudah dapat pencen. Mereka berkata, jika mereka ada pendapatan sampingan seperti saya, mereka pun akan mengikuti langkah seperti saya juga.

Alangkah bertuahnya saya. Dapat berpencen dalam usia 48 tahun. Saya bersyukur atas segala yang dikurniakan Allah. Walaupun terasa mengajar itu sudah serasi dengan jiwa, tetapi tuntutan keluarga terutama kepada 3 orang anak ini lebih diutamakan buat masa ini.

Selamat tinggal alam perguruan. Selamat tinggal murid-muridku. Selamat tinggal sahabat-sahabatku yang seangkatan. Semuga hari-hari mendatang membawa kebahgiaan kepada saya dunia dan akhirat. Amin.

Thursday, December 23, 2010

Alhamdulillah... fahmi memperolehi 9A dalam PMR.

Anak yg menduduki peperiksaan, ibu bapa yang berdebar-debar. Akhirnya pada 23.12.10 , anak yang kelima yang juga pelajar Sek. Men. Agama Al Khairiah mendapat 9A dalam peperiksaan PMR. Alhamdulillah... Allah perkenankan doa dan segala usaha selama ini.

Semuga Muhammad Fahmi akan terus berusaha untuk SMA tahun 2011 pula, dapat menandingi kakak Dhilah yang memperolehi 10A1 dalam SMA. Ibu akan sentiasa memberi sokongan. Maklumlah tahun depan dah mula kehidupan sebagai PESARA. Syukur kepada Allah atas segalanya......

Thursday, December 16, 2010

Alhamdulillah...Semua berjalan dengan lancar...

Pada 7.12.10, anak di Mesir diminta pulang ke Msia untuk menguruskan mengenai biasiswa MARA. Dia pulang dgn EgyptAir seorang diri. Sampai saja terus menuju ke rumah Cik Eri di Kelang dan bermalam di situ. Sebelum itu, singgah dulu di UITM Puncak Alam berjumpa dgn Faiz dan ke Meru, rumah Pak Longnya (Dr Abdul Wahab). Keesokkannya terus menguruskan hal biasiswa MARA.

Selesai sahaja, baru bertolak ke Temerloh untuk pemeriksaan kesihatan dan Xray di Klinik Kesihatan Temerloh/Mentakab.

Pada 14.12.10, pergi menghantar Nurfadhilah pulang ke Mesir. Dia akan menaiki kapalterbang pada pukul 12.30 malam.

Semasa hendak turun ke tempat perlepasan.. Dia tidak lagi mengeluarkan airmata seperti biasa.
Tengok mukanya.... tersenyum saja...

Sebelum kapalterbang berlepas, sempat dia sms berbunyi...Wah! hari ini dalam sejarah ibu... dhilah tak nangis pun tadi.... Mungkin jg dia sudah mengetahui tugasnya untuk menimba ilmu sebanyak mungkin dan akan pulang setelah mendapat segulung ijazah. Kami bersyukur kerana Allah memudahkan segala urusan dan Dhilah pulang ke Mesir dengan selamat.


.

Sunday, December 12, 2010

Executive convention in One World Hotel...2 - 3.12.10

This convention is very special and it is for the closing event of this year. I will not miss to attend this convention at One World Hotel in Kuala Lumpur last week.



Adui... Cakap org putih lah pulak... Ini adalah pakaian cheongsam yg dibeli di Vietnam sempena tema makan malam iaitu sempena bulan April tahun depan kami akan ke Beijing... Biasalah di islamkan mengikut tuntutan agama kita...

Alhamdulillah... dapat hadiah besar sempena acara ini. Hadiah dari Tupperware untuk saya lebih produktif di Tahun 2011.

Semuga tahun depan ,' sales organisasi'saya akan lebih besar dan mencapai target. Insyaallah.

.

Saturday, December 4, 2010

Apakan daya... bukan rezekiku ke Chiangmai...

Kali ini giliran anakku Farah pula pergi ke Chiangmai atas tajaan Tupperware. Sepatutnya dia pergi bersama abangnya Firdaus. Tetapi terpaksa dibatalkan nama di saat2 akhir kerana pada tarikh berkenaan dia masih lagi ada paper exam di UITM. Tengok di lehernya......budaya org2 di sini...

Wah!!! Seronoknya naik rakit. Ibu di Vietnam dulu naik sampan... Tapi... lebih kurang je lah....

He he he... nak sedapkan hati. Farah bergambar bersama Director Tupperware dari Kuantan.


Berkat usahanya membantu ibu dalam perniagaan Tupperware , terpilih TOP 50 sales . Tak silap dia dapat dlm top 20. Jadilah.....Hadiahnya sepasang kain sutera bernilai RM250, selendang sutera dan rantai bertatahkan berlian bernilai kesemua hampir RM1,000. Alhamdulillah............

Ibu pun nak pergi jugak.......

Thursday, November 25, 2010

Seronoknya di Gambang Waterpark..........

Pada 24.11.10, kami sekeluarga ke Gambang Waterpark. Pagi2 dah siapkan apa yang perlu dibawa ke sana.

Kami bertolak dari Temerloh pukul 9.00 pagi. Anak2 begitu teruja nak mandi manda di sana.

Dulu, kami ada swimming pool di rumah semasa anak2 kecil. Tapi dah di timbun untuk di perluaskan rumah yang sedia ada.

Anak2 semua dapat belajar berenang dari kejadian kolam di rumah kami dulu... Begitulah ceritanya.

Masuk je ke sana, terus kami pergi ke bahagian 'slide'. sementara orang tak berapa ramai. Satu2 anak2 bersama bapanya mencuba. Saya memang penakut sikit, hanya memerhatikan sj.

Akhirnya, saya mencuba bahagian family. naik 6 org di dalam satu 'tube'. Apa tidaknya. terketar2 dan menggigil seluruh badan. Takutnya. Lepas tu tak mau naik da.....

Sudah habis tempat yg kami cuba, akhirnya bersantai di pantai cocoa beach buatan manusia. Dgn ombak besar yg dibuat2, mmg leka bermain.

Tengok gelagat mereka... terhibur sungguh hati kami melihat dari meja bersantai...

Ni adalah di tepian ombak besar yg melanda. Ijah kelihatan bermain2 dgn ombak tiruan.


Ni lah pengorbanan seorang bapa, setia menanti isteri dan anak2 bermain di dalam air. Itu lah di antara gambar2 yg dpt dikongsikan bersama. Berjumpa pula di lain masa.

Friday, November 19, 2010

Selamat Bersara Teacher Nafisah........

Aduh... terasa sedihnya saat-saat hari terakhir menjadi seorang guru yang mengajar selama 22 tahun.

Setelah memohon selama 3 tahun untuk bersara pilihan , akhirnya diluluskan jg dgn pertimbangan khas semasa umur 48 tahun. Alhamdulillah....

Bergambar bersama sumbangan dari Kelab Guru SKAB Mentakab, Pahang. Majlis telah diadakan di Rest House Temerloh pada 14.11.10. Minta maaf, terlupa bawa kamera dan telefon.
Terasa diri dihargai dan dirai dengan penuh meriah.

.

Thursday, November 18, 2010

Umurku bertambah...semuga begitu juga amalan ku...insyaalllah.

Pada 7.10.2010 lalu, genaplah usia ku 48 tahun. Juga genaplah usia perkahwinan ku berusia 26 tahun. Sempena dengan hari itu, anak2 membeli kek dan menyediakan sedikit juadah sebagai tanda kasih sayang mereka.

Wow... makan kek dari Secret Recipe lagi. Kali ini perasa lain pula, walaupun toppingnya hampir sama je.

Nak potong kek pun kena posing juga...layan je lah... Terima kasih anak2 ku. Terima kasih juga kepada anak di Mesir atas ucapan panjang lebarnya itu... Semuga Allah kurniakan ibu kesihatan yg baik...Amin.


Sunday, November 14, 2010

Buat pertama kalinya.........

Pada tahun 1998, kali pertama dapat ke luar negara bersama TUPPERWARE. Memang pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Menaiki kapalterbang buat pertama kalinya.....

Pada tahun itu, kebanyakan kami dari pantai timur semuanya dari kalangan Melayu. Ini adalah barisan manager dari pantai timur yang mencapai target .

Semasa di lapangan terbang di Bangkok. Dapat melancong setelah berpenat lelah menjual Tupperware.

Saat ketika baru berbaris untuk menimbang dan memasukkan bagasi ke kapalterbang. Dari yang pertama ini, maka terjadilah yang seterusnya. Setiap tahun tidak akan melepaskan peluang mengejar target untuk melancong ke luar negara.



Friday, November 5, 2010

Mmm..... sedapnya nasi ayam ala 'KFC'

Kali ini mencuba resepi nasi ayam ala 'KFC'. Inilah dia nasi ayam bersama ayam goreng bersalut tepung, sup ayam hutan . kentang putar dan sayur bersama sambal pedasnya.

Membuatnya tidak lah memerlukan masa yang lama. Anak2 saya sgt menyukainya. Sungguh berbangga kerana dapat memenuhi citarasa anak2.

Kebetulan rezeki, ada sahabat memberi 2 ekor ayam hutan. Jadi seekor dibuat sup. Memang sedap dapat makan sup ayam hutan. Untuk lebih menyelerakan ditambah dgn sambal pedas..

Inilah kentang putar dan sayur campur kobis dan karot bersama mayonaise. . .
Nampak gayanya boleh lah buka restoran..... maklumlah bermula tahun depan sudah bermula menjadi suri rumahtangga sepenuh masa. Dah dapat 'pencen pilihan'........Alhamdulillah....

Saturday, October 23, 2010

Phuket selepas Tsunami

Bertemu kembali. Pada tahun 2006, saya telah ke Phuket sebaik saja selepas berlakunya Tsunami. Mencari pengalaman baru .
Melawat ke Safari yg terdapat di sana. Sedang menyaksikan pertunjukan Gajah.
Berada di hotel, dimana berlakunya Tsunami. Ini di tingkat 2 hotel tersebut. Air sampai ke tingkat ini.
Bahagian ini paling teruk. Kedai2 di tepi pantai ini masih dalam pembaikpulih.
Di majlis makan malam yang diadakan. Di sini makanan untuk Oang Islam dan bukan orang islam di pecahkan kepada 2. Di sini, menikmati buah2an sahaja, takut nak makan yg lain.
Berpeluang menaiki gajah bersama rakan yg mengikuti rombongan ini. Takut juga. Maklumlah takut gajah naik minyak pula....
Mengikuti 'adventure' menaiki jeep menuju ke puncak bukit, melalui jalan2 yg sungguh berdebu .Sungguh lasak. Inilah di antara pengalaman2 yg dpt dikongsikan bersama.


Thursday, October 14, 2010

Hari Keluarga di Sime Darby Convention Centre.

Anak-anak berebut2 bergambar dgn Upin dan Ipin..... Siapalah gerangan org di dalam maskot tu...
Keluarga adik, Mak Su Norma dan juga Ijah tidak ketinggalan berkepit juga. Layan je lah....

Rehat dulu selepas pusingan pertama makan. Maklumlah hidangan buffet... tak blh makan tergesa2. Kena rilek. Pasni nak makan apa pula yer? Nasi Beriani sudah, Ketupat, nasi impit , rendang dan satey sudah...Jom, kita makan desert pula..


Dah tak boleh masuk da... Teh tarik satu.... memang datang sini untuk makan je....



Tengok gelagat firdaus....mana satu nak makan ni.... Tgn kanan ABC, tgn kiri durian dgn pulut. Dua2 sedap. Takpe... kita makan bergilir-gilir....
Begitulah meriahnya suasana di majlis ni. Tak perlu hiburan pun...tengok gelagat anak2 pun dah terhibur. Itu baru berkumpul 2 keluarga....
Majlis berakhir sebelum pukul 3.30.